Cara Tanam Pokok Durian Ikut SOP

Kaedah tanam durian cara lama – korek lubang, masuk bibit durian, timbus tanah, tabur baja keliling pokok (jika ada baja), siap. Tunggu berbuah. Jika tidak ada pembajaan yang teratur, 5 tahun belum tentu pokok berbuah.

Cara tanam durian ikut SOP:

Korek lubang sekurang-kurangnya 1.5’X1.5’X1.5′. Campur tanah denganĀ Furadan untuk basmi nematod dan serangga perosak.

Kapur tanah – Dolomite untuk neutralkan PH tanah. Tanah berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok. Banyak fungsi pengapuran ni.

CIRP – untuk menggalakkan pertumbuhan akar yang sihat dan Sekam bakar – untuk melonggarkan rongga tanah untuk pengudaraan.

Digalakkan juga bubuh ikan, bila membusuk akan jadi sumber baja organik yang amat baik untuk pertumbuhan pokok.

Timbus semula lubang yang dikorek tadi dengan campuran tanah yang dirawat tadi dan biarkan selama sebulan.

Selepas sebulan baru la tanam anak pokok durian.

Ini cara saya..

Kebiasaannya ada banyak cara yang dipraktikkan oleh pekebun, jadi masing-masing punya citarasa.

Selepas tempoh tertentu, biasanya setiap 3 bulan, bolehlah teruskan pembajaan seperti baja Foliar atau NPK 15,15,15

Sembur racun kulat, serangga dan apa yang patut sebelum gejala penyakit timbul.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog rentas asia – Sifudurian (pembekal bibit Musang King Sabah)

Terima kasih saudara Phelibert Sauki diatas perkongsian ilmu.

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*