Cara Tanam Ubi Manis Dalam Guni Plastik

Ubi manis adalah sejenis tanaman yang menjalar dan amat senang ditanam. Cepat dituai selepas ditanam iaitu sekitar 5-6 bulan sahaja.

Kalau pergi tamu atau pasar, tak sah kalau tidak beli ubi manis ni sebab mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Antara khasiat ubi manis ni ialah membekalkan tenaga, kaya dengan vitamin C yang baik untuk tulang, gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.

Selain itu, ubi manis mengandungi zat besi yang membantu pengeluaran sel darah putih, mengurangkan stress dan memetabolismekan protein.

Ubi manis juga kaya dengan potassium yang mengawal degupan jantung dan signal saraf, mengawal aktiviti buah pinggang dan mengurangkan bengkak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memakan ubi manis dalam diet mereka.

Karotenoid yang terdapat pada ubi kayu mampu melawan kanser dan meningkatkan daya tahan penyakit seseorang.

So, mulai hari ini amalkan memakan ubi manis setiap hari kerana ia mempunyai banyak khasiat.

CARA TANAM UBI MANIS /KELEDEK DALAM GUNI ATAU KARUNG

Bagi anda yang tidak mempunyai kawasan menanam yang luas, anda boleh cuba cara ini. Ambil pucuk ubi dibahagian paling hujung sekali (gambar)

Isi guni dengan tanah hitam dicampur dengan pasir dan baja subur, tak kisah la berapa karung yang korang nak isi, lagi banyak karung, lagi banyaklah hasilnya nanti.

Tebuk lubang pada guni tersebut dan cucuk pucuk ubi tadi pada lubang tersebut, siram setiap hari, ubi akan berbuah lebih kurang 4-6 bulan.

Inilah hasil tuaiannya, nak masak bubur manis pun sodap ni…

Mudah kan? lepas ni akak tak perlu lagi beli ubi, dah ada idea nak tanam ubi dalam guni.. jom tanam!

Semoga bermanfaa untuk semua pembaca. Jangan lupa like dan share! – Sifudurian

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*