Cara Yang BETUL Tanam Anak Benih DURIAN Dari Polybag Ke Tanah

Menanam pokok DURIAN dari polybag ke tanah mungkin nampak SIMPLE dilakukan tetapi masih ramai yang tidak tahu cara menanam dengan BETUL.

Ia bukan sekadar mengorek lubang, masukkan anak benih, timbus tanah dan tunggu berbuah. Pendek jangan tolong jangan AMALKAN prinsip 3T iaitu TANAM, TINGGAL dan TUAI.

Mungkin cara saya tanam tidak sama dengan cara orang lain, abaikan jika tidak setuju. Jika anda ada pembetulan atau tambahan sila tulis di ruangan KOMEN.

CARA YANG BETUL TANAM DURIAN

1. Pilih anak benih yang sihat dan sebaiknya tinggi atas 2 kaki keatas, jika benih masih rendah, sebaiknya BESARKAN dahulu, pindah di polybag saiz lebih besar.

2. Korek lubang bersaiz 2×2 kaki, lebih besar lubang lagi baik tumbesaran pokok dan akar lebih cepat mencari makanan ke dalam tanah.

3. Selepas mengorek lubang, masukkan baja subur dalam anggaran setengah kilogram, kapur pertanian/Dolomite dan penggalak akar. Timbus dengan tanah dan biarkan sebulan.

4. Selepas sebulan barulah anda mula menanam durian di tempat lubang yang anda korek dan letakkan baja + dolomite + hormon akar tadi.

5. Sekiranya anda terus tanam selepas menabur baja, ia boleh menyebabkan anak pokok durian ‘KEPANASAN’ dan boleh menyebabkan daun gugur lalu kering.

6. Selepas tanam, pagar keliling dan atas dengan net hitam atau daun kelapa, letak daun-daun KERING di sekeliling pokok untuk mengelakkan tanah cepat kering.

7. Pastikan SIRAM setiap dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan. Disarankan  anda guna sistem pengairan yang automatik jika tanam dalam skala besar.

8. Jangan lupa tabur baja NPK 15.15.15 dan baja jenis FOLIAR / CECAIR sekali dalam 2 bulan untuk tumbesaran pokok yang lebih cepat.

9. Yang terakhir, sembur dengan racun seperti Malation, Decis dll untuk mengelakkan serangan kulat dan serangga seperti belalang, kulat, hama dan sebagainya.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*