Cerita Tentang Baja Kimia

BAJA KIMIA terdapat dalam 3 jenis bentuk iaitu BUTIRAN (Granules), HABLUR (Powder) dan CECAIR (Liquid).

Baja Butiran boleh digunakan secara terus ditabur diatas tanah kepada tanaman seperti pokok durian, kelapa dan sebagainya.

Baja berbentuk HABLUR & CECAIR perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur kepada tanaman.

Pelbagai jenis dan jenama baja kimia dipasaran daripada yang dihasilkan dalam negara atau pun baja yang diimport dari luar negara.

Baja kimia jenis BUTIRAN pula terdapat dalam 2 jenis iaitu baja butiran kompaun/sebatian (compound fertilizer) dan juga (2) Baja tunggal (single dressing fertilizer).

Baja KOMPAUN/SEBATIAN adalah jenis baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur penting seperti NPK 15:15:15 atau NPK 12:12:17+2 TE atau formulasi lain.

Baja TUNGGAL merupakan jenis baja yang punyai satu jenis unsur sahaja. Antara jenis baja butiran seperti Urea – N, TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O).

Terdapat pengusaha ladang, petani komersial yang memilih untuk menggunakan sama ada jenis baja kompoun atau baja tunggal mengikut kesesuaian jenis tanaman, jenis tanah, umur pokok dan peling penting adalah keberkesanan pembajaan dan kos yang terlibat.

Semoga memberikan manafaat kepada semua pembaca blog Rentas Asia – Sifudurian

 

Sumber & adaptasi dari animhosnan blog

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*