Ciri-Ciri Durian MUSANG KING (D197) – Cara Mengenalpasti, Elakkan Ditipu Penjual Durian

SANYO DIGITAL CAMERA

Tinjauan saya di sekitar Segama Kota Kinabalu (salah satu tempat tumpuan warga asing) mendapati ada segelintir warga Pelipin MENIPU kerana menjual durian D123 (Channe) kononnya ia Musang King ori!

Harganya bukan kaleng-kaleng iaitu sekitar rm60-70 sekilo. Hati-hati kawan-kawanku, jangan sampai tertipu. Durian D123 memang sedap dan lemak sedikit pahit, biji kempis cuma tidaklah setanding durian raja durian MK.

Nah, bagaimana MENGENAL bentuk buah durian Musang King atau juga dikenali “Mao Shan Wang”?

1. Duri bentuk piramid. Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk pyramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

2. Bentuk buah bujur. Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi (ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.

3. Tapak sulaiman. Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.

4. Tidak Berduri di Pangkal. Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.

5. Warna isi kuning kunyit. Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

Gambar sekadar hiasan, sumber Google

 

About Sifudurian 159 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*