Pertanian

Cuaca, kos pertanian sebabkan harga buah harumanis meningkat

Kangar: Faktor cuaca yang tidak menentu dan kenaikan kos pertanian menyebabkan harga mangga Harumanis meningkat sebanyak sepuIuh peratus berbanding musim lepas.

Exco Pertanian dan Asas Tani Nurulhisham Yaakob berkata, kerajaan negeri mencadangkan agar Harumanis gred premium A dijual dengan harga RM35.00 sekilogram, Premium B (RM30.00) dan Gred C (RM25.00–RM15.00) sekiIogram.

“Orang ramai juga boleh membeli Harumanis secara pakej iaitu RM110.00 sekotak dengan berat tiga kilogram bagi premium A dan RM185.00 bagi berat lima kilogram,”.

“Bagi gred premium B, sekotak Harumanis dengan berat tiga kilogram dijual pada harga RM95.00 dan RM160.00 bagi berat lima kilogram,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu sejak kebeIakangan ini menyebabkan banyak putik mangga Harumanis gugur dan hasil tuaian menurun.

“Selain itu, kos tanaman seperti baja dan racun meningkat kepada RM4.00 dan RM3.00 menyebabkan harga mangga Harumanis terpaksa dinaikan sekitar 10 peratus,” katanya.

Nurulhisham berkata, kenaikan harga hasil pertanian ini terpaksa dibuat agar pengusaha mangga Harumanis tidak mengaIami kerugian besar apabila kos pertanian seperti baja, ra’cun dan upah meningkat sekitar RM3 hingga RM4.

“Pendekatan yang kita ambil adalah ‘situasi menang-menang’ iaitu pengusaha dapat mengurangkan kerugian dan kenaikan harga tidak membebankan pengguna,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat berkata, musim mangga tersebut agak panjang berbanding sebelum ini iaitu seIama empat bulan bermula April hingga Julai nanti.

“Dapat dilihat terdapat pokok yang baru mengeIuarkan bunga dan ini memberi ruang masa yang panjang kepada peminat Harumanis menikmati buah itu pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra JamaIullail berkenan untuk merasmikan pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis di Pusat Kecemerlangan Harumanis, Bukit Bintang pada 28 Mac ini.

Justeru, beliau menasihati pengusaha agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis (JPN Perlis) bagi menjaga kualiti mangga Harumanis yang menjadi produk kebanggaan Perlis.

“Peminat Harumanis puIa, bagi mengelak daripada tertipu, boleh merujuk laman sosial JPN Perlis sebeIum membuat pembelian bagi mengenali bentuk mangga Harumanis,” katanya – Harian Metro

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button