Cuma Letak Ketulan Ais Pada Tengkuk Cara Mudah Tapi Berkesan Redakan Migrain…

Ramai yang ada masalah migrain dan bila dah kena memang tak boleh fokus buat apa-apa kerja. Ada yang perlu rehat dan ambil cuti lagi. Betul tak?

Kalau selalu kena masalah ini bukan saja menyeksakan tapi juga boleh jejaskan kerja. Lagi satu asyik makan ubat pun tak elok juga. Ia boleh beri kesan sampingan yang memudaratkan.

Untuk yang selalu kena migrain mungkin boleh cuba cara semula jadi untuk redakan migrain atau sakit kepala seperti yang dikongsi oleh ustaz Norazri Medzlan yang juga Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang.

Cuma guna ketulan ais, 10 minit dah lega…

Caranya mudah hanya guna ketulan ais. Langkahnya: 1.Letak ketulan ais di tengah tengkuk atau belakang leher. 2. Biarkan ais di situ dalam 10 minit. 3. Hasilnya migrain terus reda dan kepala jadi ringan.

Menurut beliau ini adalah kali kedua dia mencuba tip ini, pertama ketika sakit tengkuk akibat salah bantal dan kedua akibat migrain. Ternyata tip yang hanya dibaca sebelum ini berkesan bila dipraktikkan.

Bagi yang ada migrain tak salah mencuba. Tak perlu modal apa-apa cuma ketulan ais saja. Good luck!

Sumber: Norazri Medzlan

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*