Dah Tanam 2 Tahun Besar Ni Je? Ketahui Punca Dan Penyelesaiannya

Menanam durian ibarat membesarkan seorang bayi yang baru lahir. Jika bayi kekurangan nutrien dan dos yang diperlukan, tumbesaran akan terbantut dan mudah diserang penyakit. Sama kes dengan penjagaan pokok durian.

Artikel pagi selasa (8.9.2020) saya kongsikan beberapa sebab pokok durian tidak membesar atau terbantut serta cara penyelasaiannya.

1. Kekurangan nutrien dalam tanah. Pastikan lubang yang digali sebelum menanam anak durian (saiz lubang anggaran 1.5×1.5 atau 2×2 kaki) ditabur baja subur NPK 5:5:5 atau 15:15:15, cirp (penggalak akar), puradan dan kapur pertanian contohnya Dolomite.

2. Pembajaan yang tidak teratur. Selepas tanam dan pembajaan pertama (rujuk no.1), pastikan anda membaja secara teratur iaitu sekali dalam 2 atau 3 bulan (4-5 kali setahun) dengan baja subur npk diselang seli dengan baja foliar (cecair) seperti Ezygrow, Biobooster dan sebagainya.

3. Tanah kering dan keras. Kekurangan air menyebabkan akar durian lambat tumbuh dan pucuk durian terbantut, daun durian mula kekuningan, ibarat hidup segan mati tak mahu. Pastikan pokok durian disiram setiap hari terutama 6 bulan pertama selepas ditanam. Sebaiknya pasang sistem pengairan yang sistematik.

4. Tanah terlalu lembap. Akar durian tidak boleh menyerap baja jika pH tanah terlalu rendah (berasid), sebaiknya buat parit keliling pokok supaya air tidak bertakung bila hujan, tabur dengan dolomite untuk neutralkan balik pH tanah. Pastikan anda ada pH checker.

5. Akar diserang anai-anai, reput akar dan sebagainya. tandanya pokok yang ditanam kelihatan tidak bermaya, daun tidak menegak, kekuningan, daun mula gugur. Sila korek pada pangkal pokok untuk mengenalpasti masalah, jika ada serangan serangga, tabur dengan racun puradan.

6. Kawasan tanaman tidak sesuai. Elakkan menanam di kawasan yang rendah dan sering dinaiki air, tepi laut, kawasan berpasir. Durian lebih sesuai dan tumbuh subur di kawasan tinggi, berbukit, suhu tidak terlalu sejuk.

7. Pokok diserang serangga. Pucuk muda durian dimakan serangga seperti belalang, ulat gulung dan sebagainya. Pastikan sembur dengan racun seperti Malation dan sebagainya untuk mengelak serangga perosak. Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih dan lakukan pemangkasan/pruning durian bila mencecah usia 2 tahun.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca. Jika anda perlukan sebarang khidmat nasihat boleh hubungi saya melalui whatsapp – Sifudurian – abaikan jika tidak setuju.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*