Dalang Kartel Projek bergelar Datuk milik harta berjuta ringgit, kereta mewah, dua helikopter

Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disi,ta
Antara kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM15.7 juta yang disita SPRM. – Foto sumber

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Ra,suah Malaysia (SPRM) menyita dua buah helikopter persendirian, lebih 10 kereta mewah dan sebuah kapal persiaran milik ketua sindi,ket kartel projek bergelar Datuk yang ditahan kelmarin.

Menurut sumber, selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta itu, SPRM turut meram,pas wang tunai berjumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.

“Selain itu, SPRM turut menyita banglo, rumah kedai dan pejabat yang dianggarkan bernilai RM29 juta,” katanya, di sini, pada Selasa.

Menurut sumber itu lagi, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.

Beliau turut menyifatkan kemewahan yang ditunjukkan ketua sindi,ket itu sebagai luar biasa.

Katanya, modus operandi kumpulan kartel projek itu ialah dengan membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji di antara RM5,000 dan RM8,000.

Syarikat-syarikat itu, katanya, adalah milik suspek.

“Maklumat awal mendapati 114 individu telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 buah syarikat.

“Kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

“Maklumat tender atau sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi.

Hasil siasa,tan SPRM, katanya, mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat pal,su dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.

Sebelum ini media melaporkan tujuh individu termasuk ketua sindiket ditahan membabitkan kartel projek bernilai RM3.8 bilion – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Kartel tender projek: SPRM tahan pegawai kanan kerajaan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencega,han Ra,suah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, tengah malam tadi, kerana disyaki terbabit sindi,ket kartel tender projek yang ditum,paskan, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun bekerja sebagai juruukur bahan Gred 48 itu dipercayai terbabit kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek ditawarkan agensi berkenaan.

Katanya, suspek disyaki menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek, kepada ketua sindiket bertujuan memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Pegawai terbabit ditahan di rumahnya di Ampang, tengah malam tadi.

“Hasil risikan mendapati sus,pek disyaki menerima ra,suah sebanyak RM300,000 apabila menyalurkan maklumat kepada ketua sindiket.

“Setakat ini, suspek disya,ki menerima empat kali bayaran dianggarkan RM1.2 juta,” katanya – Berita Harian

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*