Daun Pandan Hilangkan Lipas? – SOP Penanaman dan Petua

Umumnya kita semua tahu, daun pandan sering digunakan dalam masakan. Tapi, ada yang menyatakan dengan daun pandan dapat membantu menghilangkan lipas. Biar betul? Kata Dr Chan yang dipetik dari laman Rentokil. Lipas sangat tidak gemar dengan bau daun pandan. Maka sekiranya sesuatu tempat itu diletakkan daun pandan, lipas akan beralih ke tempat yang lain.

Hari ini, admin akan kongsikan dengan kalian cara mudah untuk menanam daun pandan dalam pasu.

1. Pastikan medium tanah yang digunakan adalah dari sumber organik. Untuk tanaman pandan, ianya memerlukan tanah yang sentiasa digembur. Tanah yang disarankan adalah jenis Perlite.

2. Pemilihan pasu hendaklah yang mempunyai sistem saliran yang baik. Walaupun pandan sukakan air, namun sekiranya terdapat takunagn akan menyebabkan daun pandan mati.

3. Bagi tanaman pandan, hendaklah pilih anak pokok yang telah matang. Anak poko yang matang adalah apabila ianya mempunyai 3 helai akar yang sihat.

4. Setelah selesai menanam sediakan sokongan untuk tanaman. Kemudian, terus siram dan letakkan pasu dikawasan yang tidak begitu terik.

5. Siraman air perlulah dilakukan sehari sekali, namun jika berlaku musim kemarau, teruskan siraman 2 kali sehari. Apabila tanah sudah stabil, hanya perlu siram 2 kali seminggu atau jika perlu.

6. Bagi pembajaan dan penggemburan pula, pandan sangat memerlukan nutrisi yang tinggi dan perlu sentiasa digembur. Lakukan aktiviti ini setiap 2 minggu sekali.

Selamat mencuba!

Artikel ini dipetik dari Impiana dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*