Dibuang kerja kerana barang reject, kini jadi boss sendiri (kisah inspirasi)

Saya ada satu cerita

Beberapa bulan lepas saya minum dengan seorang kawan lama zaman sekolah. Saya tahu dia berkerja selepas SPM. Dia kerja di kilang perabot di bandar.

Saya tanya dia ” Kenapa kau berhenti kerja, bukan ke ko dah lama berkerja kat kilang tu ”

Seorang lagi kawan saya tanya gajinya ” Berapa gaji kau, sayang kau dah jadi manager kau berhenti pula”.

Kamal ( bukan nama sebenar) pun menjawab dengan panjang lebar.

” Satu hari ada barang reject. Macam biasa dalam meeting aku je kena balum. Lepas deorang balun aku dan salahkan aku, aku tak tahan. Selama ni aku diam je.

Bos dia cakap ” lu tahu berapa syarikat rugi ? ”

Aku cakap yang bos tu kira rugi dia je. Siapa nak kira rugi aku. Mereka tanya yg aku rugi apa.

Aku rugi 4 ribu sebulan. 2 tahun aku jadi manager aku rugi lebih 100 ribu.

Aku jadi manager, gaji aku baru RM2500 tapi manager lain gaji mereka RM6500. Mereka yg lain dapat kereta aku motor pun syarikat tak beri. Sebab aku bangsa melayu bos beri gaji murah. Manager baru masuk tapi bangsa cina bos beri gaji 6500. (bukan cerita recis)

Aku siap keluarkan bukti siap print. Lepas tu aku kena buang tapi aku puas hati sebab aku jaga maruah aku dari terus dipijak.

Alhamdulilah, sekarang aku ada kilang kecil sendiri. Walaupun aku tak ada pangkat dan aku tak banyak untung tapi aku kerja sendiri”.

Saya senyum dan saya cukup bangga dengan sikapnya. Tahniah. Sekarang dia ada kilang buat perabut kecil-kecil di belakang rumah. Perabutnya berkualiti dan murah. Doakan dia untuk terus berjaya.

Jadinya, saya ambil berapa banyak keluaran dari kilang dia. Saya cuba masuk gudang perabut saya. Ini gambar produk dia. Saya memang kenal lama dengan dia. Siapa lagi nak tolong kawan-kawan. Insyaallah. Moga Allah permudahkan. Lepas ni korang nak beli perabut kayu korang boleh datang gudang perabut saya dimuar, Johor.

Contact no saya 011-16285534 (Coach Bahar)

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*