Dilabel “Miricle Tree” Anti KANSER Dan Barah, KHASIAT Pokok Merunggai (Moringa olifera)…

Manfaat Pokok Merunggai atau Daun Kelor. 

1. Tahukah anda? Pokok Merunggai adalah sejenis tumbuhan yang memiliki pelbagai jenis khasiat. Tumbuhan ini sangat popular kerana khasiatnya dan sudah dikomersialkan di Malaysia oleh beberapa buah syarikat tempatan.

2. Pokok Merunggai atau Kelor ini merupakan makanan kegemaran masyarakat India. Tumbuhan ini berasal dari Himalaya, Barat Laut India. Penjagaannya bagi tumbuhan ini sangat mudah dan tidak rumit.

3. Pokok Merunggai mengandungi  Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

4. Pokok ini sangat berguna dalam aspek perubatan dan kesihatan. Ianya dapat membantu mengatasi masalah lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selsema, inflamasi salur pernafasan dan penyakit paru-paru.

5. Daun Kelor ini juga dapat membantu menyembuhkan penyakit Rahang Gigi Berdarah (Scurvy), Kekurangan Sel Darah Merah (Anaemia). Ianya juga dapat memulihkan sistem fungsi badan.

6. Pada akhir abad ke 19, Pokok Murunggai ini telah mendapat perhatian daripada saintis moden di luar negara. Mereka dapati terkandung sejenis kompaun unik di dalam tumbuhan Murunggai yang dinamakan Cytokinin.

7. Selain itu, Pokok Murunggai juga digunakan untuk merawat barah dan memulihkan ketegangan emosi, depresi, dan perasaan kekhuatiran.

8. Benih dan akar pokok Murunggai mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang dapat memulihkan jangkitan kulit (anti-inflammation, anti spasmotic (ledakan emosi secara tiba-tiba dan diuretic (penlawasan air kencing). 

9. Terdapat kajian yang dijalankan di Bethesda Maryland. Yayasan Mata Antarabangsa USa telah mengeluarkan laporan di mana mereka menggunakan Murunggai untuk mencegah kes buta di kalangan kanak-kanak yang kekurangan Vitamin A. 

10. Di dalam bidang perubatan, ramai yang terkejut dengan keajaiban daun Murunggai ini kerana ianya dapat menghasilkan antibiotik Glucosinolate 4 alpha-Lrhamnosyloxy benzyl isothiocyanate yang bertindak sebagai agen imuniti badan manusia.

11. Mengikut kajian saintis di negara barat, pokok ini dikategorikan sebagai food suplement termurah. Hal ini kerana khasiat Vitamin A yang terkandung di dalam Pokok Murunggai lebih tinggi berbanding Vitamin A di dalam Lobak Merah. Ianya juga mengandungi lebih banyak Zat besi berbanding Bayam.

12. Para Saintis Barat melabelkan pokok ini sebagai Miracle Tree kerana pokok ini mempunyai banyak khasiat yang sesuai untuk manusia. Mengikut kajian pemakanan oleh pakar, sesiapa yang mengamalkan memakan daun atau buah pokok ini, risiko untuk mendapat penyakit kanser akan berkurang.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di FACEBOOK ya terima kasih – Sifudurian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*