Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan

1. “Alhamdulillah, kini saya mampu mencapai income bersih belasan ribu ringgit selepas membayar gaji pekerja, membeli benih, baja dan pengurusan lain”.

2. Azarul Ahmad Puat, 28 dari Perak merupakan seorang bekas graduan Universiti, tapi memilih jadi petani moden kerana minat dan nampak potensi pendapatan bertani agak lumayan.

3. Beliau memilih tiga jenis tanaman untuk diusahakan dengan menggunakan sistem tanaman Fertigasi iaitu petola, timun dan rock melon di tanah seluas 4.5 hektar

4. Hasil petola dan timun tiada masalah lambakan kerana ia dipasarkan menerusi kaedah kontrak ladang kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak.

5. Rock melon yang diusahakan secara fertigasi mengeluarkan hasil peringkat pertama amat memberangsangkan dan mendapat pengiktirafan beberapa pihak termasuk Jabatan Pertanian Perak.

6. Bagi memastikan hasil tanaman diperoleh maksimum, beliau sentiasa memastikan pembajaan mencukupi dan penjagaan tanaman dikawal dipantau setiap hari dengan mengutamakan aspek kesuburannya.

7. Katanya, masalah pe­ngangguran dalam kalangan siswazah boleh diatasi jika mereka tidak memilih pekerjaan dan menceburi bidang pertanian ini yang sudah tentu ia sentiasa mendapat pasarannya.

8. “Saya yakin jika graduan lain juga berminat dan ada usaha menceburi bidang pertanian ini pasti ia boleh mengurang­kan kadar import sayuran dan makanan dari luar negara sekali gus membantu menyelamatkan ekonomi negara katanya.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

Sumber: Harian Metro (artikel 7 Mac 2017) dan di publish semula oleh Sifudurian.

 

 

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*