DIY air semburan untuk pulihkan pokok cili dimakan Ulat Putih. Cuma guna syampu baby & cuka

Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak jaga… nak makan ambil saja.

Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena seran*gan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mat1.

Tak perlu guna ra*cun ki*mia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.

Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.

DIY air semburan untuk pulih pokok cili kena seran*gan ulat putih

Hari ini nak kongsi cara buat kawalan serangga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.

Alhamdulillah belalang dan semut pun takde. Yang penting tiada ra*cun berbahaya digunakan.

Bahan-bahannya

1 sudu syampu kanak-kanak (saya guna Johnson’s jenis soft and smooth, 1 sudu cuka makan lalu bancuh dalam 1 liter air

Sembur ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.

Kenapa guna syampu kanak-kanak? Sebab shampu ini tiada kimia merba*haya, kurang berbuih, tidak mer0sakkan pokok dan tiada kesan sampingan.

Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan. Selamat mencuba!

Sumber: Lebai Kudin

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*