Dr Noor Hisham tersenarai 3 Doktor Terbaik Dunia dan Diyakini

Dr Noor Hisham tersenarai 3 Doktor Terbaik Dunia dan Diyakini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham merupakan antara watak penting Malaysia. Boleh dikatakan beliau merupakan individu paling terkenal hari ini selepas mukanya akan keluar pada setiap hari bagi membacakan laporan harian CoV-19 negara kita.

Beliau juga dikatakan memainkan peranan penting dalam Malaysia mengatasi penularan wabak CoV-19. Memainkan peranan sebagai ketua beliau membuat jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi Kesihatan Dunia bagi mencari penawar terbaik buat CoV-19.

Jadi tidak hairanlah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah disenaraikan dalam 3 doktor terbaik dan diyakini di dunia. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh salah sebuah stesen televisyen China, Global TV Network. Selain Dr. Noor Hisham, stesen tersebut turut menyenaraikan 2 orang doktor lagi iaitu dari New Zealand Dr. Ashley dan dari America Dr. Anthony Fauci.

Menurut sumber mengatakan bahawa ketiga-ketiga doktor ini telah mendapat pujian daripada masyarakat sejak beberapa minggu kebelakangan ini kerana menjadi sumber malumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika CoV-19 melanda.

Datuk Dr. Noor Hisham sentiasa mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau tenang memberikan maklumat dan menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pihak wartawan. Beliau juga disenangi oleh semua wartawan kerana beliau sentiasa menjawab soalan yang diajukan tanpa jemu walaupun berulang kali ditanya oleh wartawan.

Ketua Pengarah Kesihatan ini sentiasa mengemaskini data terkini di laman sosial bagi rakyat Malaysia mengetahui apakah status terkini wabak tersebut.

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*