Dua Hari Dah Sembuh! Petua Turunkan Kuning Bayi Yang Baru Lahir Dengan Bakawali

Penyakit kuning tidak dapat di pisahkan dengan bayi yang baru lahir, begitu juga dengan nasib si comel ini Nurul Iftinan Mardhiyyah.

Tiga hari selepas di lahirkan masih belum di sahkan adanya penyakit kuning, namun hari keempat puan misi datang kerumah dan mengesahkan si comel ini ada penyakit kuning,

Keesokan hari seawal jam 7.30 pagi saya sudah berada di klinik Batu 30 Machang, untuk mengambil no giliran, saya jangkakan saya ini orang paling awal rupanya saya orang yang ketujuh dah hehehe.

Pukul 9.00 pagi tibalah giliran si comel ini di panggil untuk di ambil sampel darah, beberapa minit kemudian keputusan sampel darah keluar, bacaan penyakit kuning 126.5.

Doktor menyarankan supaya si comel ini di bawa sekali lagi untuk di ambil sampel darah sebagimana tarikh di tetapkan iaitu dua hari akan datang. Dengan izin Allah Pada masa yang sama seorang pak cik menyapa saya dengan bertanya kenapa dengan anak? saya menjawab anak kena penyakit kuning.

Pak cik tersebut menyarankan saya supaya mencari batang bakawali dan mengambil getahnya dan sapu pada tapak kaki.

Pada masa yang sama saya terus teringat batang bakawali ada hidup menjalar di belakang rumah mak di kampung sokor kok lanas.

Pada petang itu apa yang mengejutkan saya pak cik itu muncul di hadapan rumah saya bawa bersama batang bakawali, rupanya pak cik ini dah kenal keluarga saya dan di mana rumah saya, terasa malunya saya pada pak cik tersebut hehehe .

Pak cik dah kenal ke saya? tanya saya pada pak cik itu”cucu pak cik sekolah di Sri Intan Kampung Pek” Patut la pak cik kenal sebab isteri saya guru di sekolah Menengah Sri Intan Kampung Pek.

Alhamdulillah sungguh baik hati dan perihatin pak cik ini. Tanpa melengahkan masa saya terus meletakkan getah bakawali di tapak kaki bayi saya beberapa kali dalam sehari.

Dua hari selepas itu saya pergi ke klinik sekali lagi untuk mengambil sampel darah. Alhamdulillah bacaan sampel darah sudah menurun ke 99.2.

Inilah salah satu khasiat batang bakawali yang dapat saya kongsikan. Saya doakan moga pak cik itu sentiasa dalam rahmat Allah kerana telah memberi ilmu dan membawa batang bakawali kerumah saya. Kita hanya beriktiar tetapi hanya Allah yang menyembuhkannya.

#KhasiatKhazahAlam

Kredit: Facebook Mohd Ruslan Kadir

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*