“Duit Derma Masuk Salah Akaun Ke?” Keadaan Zoo Negara Teruk Seperti Sudah Terabai…

Kinz menyatakan haiwan di dalam itu seakan terabai dan ada haiwan yang dilihat sangat kurus dan kelihatan sedih.

Tahun lalu, pada bulan November 2020, Dr Mat Naim Ramli, Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Zoo Negara hanya boleh ‘hidup’ lagi 4 bulan sahaja. Sekarang tempoh masa yang diberikan itu sudah tamat, adakah ia benar-benar berlaku?

Pandemik C0v1d 19 telah mengakibatkan bukan sahaja individu, peniaga kecil dan syarikat kecil sahaja yang terjejas, malah ada banyak lagi institusi terjejas teruk dan salah satu yang terkesan dengan wa,bak tersebut adalah Zoo Negara kita sendiri. Pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerjaaan untuk membantu aset negara terus bertapak dan tidak gulung tikar.

Namun, selepas Zoo Negara dibuka semula baru-baru ini, seorang warganet telah membuat satu perkongsian luahan rasa kesalnya terhadap keadaan Zoo Negara. Perkongsian yang dilakukan oleh Kinz Lai telah meraih perhatian warganet sehinggakan ia lebih dua ribu komen diterima melalui perkongsian tersebut. Rata-ratanya luahkan perkara yang sama iaitu perasaan sedih melihat keadaan haiwan yang terpaksa duduk di dalam kawasan yang sangat ko,tor dan penuh dengan semak serta rumput yang tinggi.

Pelbagai tempat tinggal haiwan yang berada di dalam zoo itu dilihat ko,tor dan sangat tidak seusai untuk dihuni oleh haiwan-haiwan. Kinz menyatakan haiwan di dalam itu seakan terabai dan ada yang dilihat sangat kurus dan kelihatan sedih. Tambah Kinz, selain dari kawasan parkir dan gerai makanan, tidak ada satu pun pekerja yang dapat dilihat di dalam zoo tersebut untuk membersihkan kawasan berkenaan ataupun menjaga SOP yang telah ditetapkan.

Lebih menyedihkan lagi apabila zoo itu dipenuhi dengan orang terutamanya kanak-kanak namun banyak haiwan tidak ada dan jika ada sekali pun tidak dapat dilihat dengan jelas kerana keadaan sangkar penuh dengan semak samun. Sementara itu tambah Kinz, aircond rosak dan keadaan bau busuk yang terlalu kuat membuatkan dirinya tertanya-tanya adakah tidak ada penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak zoo? Zoo negara adalah satu tempat yang harus dijaga dan diberikan keutamaan kerana ia salah satu pusat kunjungan bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat asing yang melancong ke negara ini.

Seorang warganet bernama Kaoru Edora menulis “Saya baru pergi pagi tadi ke zoo negara, keadaan Sangat kotor dan air kolam ditempat haiwan2 sangat kotor n keruh . Dan juga ramai pengunjung tidak mematuhi larangan yang telah disedia. Kebanyakkan mereka memancing ,hakikatnya tidak dibenarkan memancing”.

“Memberi makan pada monyet dan haiwan didalam zoo tanpa kebenaran pihak tertentu. Keadaan haiwan baik sahaja dan tidak begitu banyak sangat”.

Sumber: Kinz Lai
Read More : https://www.koolfm.com.my/koolberita-duit-derma-masuk-salah-akaun-ke-keadaan-zoo-negara-teruk-seperti-sudah-terabai/

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*