Dulu Kena Reject Sebab Pekerjaannya, Kini Ibu Ex gf Terlopong Lawat Kebunnya!

Dulu lelaki ini kena reject sebab pekerjaannya, kini puas hati ibu ex gf terlopong lawat kebunnya – “Sudah terlambat aunty, saya bukan petani biasa-biasa”

Perkongsian Shahrizal tular di laman Twitter baru-baru ini.

DALAM kehidupan manusia, sudah menjadi fitrah pasti ada naik dan turunnya.

Terpulang kepada seseorang individu itu untuk menjadikan saat sukar dalam kehidupannya sebagai motivasi pembakar semangat ataupun hanya terus pasrah dengan ketentuan Tuhan.

‘Success is the sweetest revenge!’

Begitulah kata-kata hikmat yang dipegang oleh Shahrizal Denci, 38, yang kini menjadi bergelar sebagai usahawan tani yang berjaya apabila memiliki kebun sendiri seluas 20 ekar yang terletak di Kundasang, Sabah.

Mengimbau kembali kejadian tujuh tahun lalu, Shahrizal memberitahu bahawa dia dipandang rendah oleh ibu kepada bekas kekasihnya kerana hanya bekerja sebagai seorang petani.

“Kami telah dua tahun bercinta namun terhalang disebabkan perkerjaan saya sebagai petani dan juga agama kami yang berbeza. Memang hubungan kami tidak direstui ibu bapanya.

Perkongsian Shahrizal di Twitter menjadi perhatian netizen selepas dia berjaya ‘membalas dendam’ kepada ibu kepada bekas kekasihnya.

“Beberapa tahun selepas itu, aunty ada datang kebun dan cakap ‘walaowei… banyak luas ooo’, saya hanya mampu gelak je bila tengok reaksinya,” kata Shahrizal yang kini masih berkawan dengan bekas kekasihnya itu.

Shahrizal yang merupakan bekas penuntut Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Kejuruteraan Komputer telah membuktikan bahawa dirinya bukan petani biasa, namun kini dia merupakan seorang Agropreneur atau usahawan tani yang berjaya.

“Saya kenal dia ketika kami bekerja di tempat yang sama di Kedah. Tidak lama lepas tu saya balik ke kampung halaman untuk mulakan perusahaan ini bersama adik saya.

“Saya menjadikan kegagalan kisah cinta ini sebagai motivasi, dan adik saya mencadangkan perniagaan ini memandangkan kami dibesarkan oleh ayah yang bekerja sebagai seorang petani, dan kami tahu selok-belok untuk menanam pokok.

“Saya juga menggabungkan kemahiran yang saya pelajari ketika di universiti supaya perniagaan yang saya lakukan ini selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0,” kata Shahrizal yang kini memiliki tiga cahaya mata.

(GAMBAR) Shahrizal kini bahagia di samping isteri dan tiga cahaya mata.

Kini, Shahrizal memiliki lebih 20 jenis tanaman antaranya kobis, tomato, lada benggala, salad, lobak putih dan banyak lagi. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, permintaan terhadap hasil perusahaannya sedikit terkesan.

“Saya bekalkan kobis kepada sebuah restoran makanan segera di Sabah. Disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP), mereka kekurangan pelanggan dan terpaksa memotong 40 peratus permintaan berbanding hari biasa.

“Penghantaran sayur-sayuran ke Sarawak dan Brunei juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana pada waktu ini mereka tidak menerima produk dari luar,” beritahu Shahrizal yang memulakan perniagaannya pada 2011 dan mempunyai 15 orang kakitangan di bawahnya.

Dalam pada itu, walaupun mengalami kerugian pada waktu sebegini, pengurus D&H Plantation ini tetap menghulurkan sumbangan kepada pekerja barisan hadapan dalam menangani wabak C@vid 19.

“Ahad lalu saya ada memberi sumbangkan sayur-sayuran kepada kakitangan kesihatan dan penduduk di Pitas, Sabah. Majoriti penduduk di situ adalah orang susah berdasarkan pengalaman dua orang pekerja saya yang berasal dari sana.

“Buat frontliners di Kundasang pula, mereka boleh datang ke kebun saya untuk mendapatkan sayur secara percuma. Hanya perlu datang dan ambil sahaja tanpa sebarang bayaran.

Shahrizal memberikan sayur percuma buat frontliners yang menetap di Kundasang, Sabah (Gambar atas)

“Mereka kata sumbangan saya sebanyak 500 kilogram itu besar, tetapi bagi saya jumlah itu tidak sebesar pengorbanan mereka yang menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain,” kata pemuda yang berasal dari Kundasang ini.

Perkongsian Shahrizal di laman Twitter sehingga kini telah mendapat 2,200 retweet dan 4,400 tanda like daripada netizen yang rata-rata teruja melihat kejayaan Shahrizal.

“Aku pun buat bidang pertanian tapi orang pandang rendah. Terima kasih kerana bagi inspirasi positif,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Biasa la, asal kerja kebun, petani mesti nampak hina di mata orang. Bila nak minta sayur tu tahu pula puji,” tulis pengguna lain – mStar Online

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*