Dulu Kerja Petik Buah Di Korea, Sekarang Jana Pendapatan Lumayan Tanam Timun

Kisah kejayaan pasangan muda muda menerusi artikel Harian Metro, Abdul Halim Abd Rani, 21, dan isterinya, Sudayang Amalisa Che Man, 21, seharusnya perlu dijadikan pembakar semangat dan sumber inspirasi buat anak muda yang belum bekerjaya.

Bermodalkan RM10,000 hasil pinjaman adik-beradik, mereka mengusahakan tanaman timun bayi, cili dan terung sejak setahun lalu, di tanah seluas lebih 0.2 hektar di Kampung Banggol Kekabu, Lubok Stol, Rantau Panjang.

Pengalaman bekerja petik buah di Korea memberi idea kepada suami isteri ini untuk kembali ke kampung dan mengambil keputusan berbudi pada tanah, dan kini mampu menjana pendapatan belasan ribu ringgit sebulan.

Kami amat kagum dengan cara kerja, kerajinan serta ketelitian orang di sana, dan sepatutnya perlu dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia agar apa sahaja bidang yang diceburi akan membuahkan hasil.

Mereka sendiri menyemai anak benih sehinggalah proses mengutip sebelum ia dibungkus dan dihantar ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, untuk dijual secara borong.

Timun Baby merupakan keluarga timun batang biasa tetapi bersaiz lebih kecil dan rangup, selalunya dimakan sebagai ulam-ulaman dan acar.

Tanaman timun Baby perlu sentiasa mendapat air mencukupi termasuk semburan baja tiga kali sehari selain memerlukan penerimaan cahaya matahari secukupnya agar dapat menghasilkan timun yang berkualiti.

Harga timun Baby dijual pada harga anggaran RM5-6 sekilogram namun harganya lebih murah jika dijual secara borong, bergantung kepada pasaran semasa. Harga borong sekitar rm2-3 sekilogram.

Setiap hari timun bayi dikutip pada sebelah pagi dan petang dengan berat boleh mencapai sehingga 200 kg timun Baby sehari sebelum dijual kepada pemborong tiga kali seminggu.

Bayangkan hasil tuaian 200 kilogram sehari x rm3 sekilogram = rm600 sehari x 30 hari = rm18,000 sebulan. Tiada yang mustahil dicapai jika ada SOP kerja, paling penting fokus dan disiplin kerja.

Pesanan penulis kepada anak muda yang menganggur, jangan terlalu memilih kerja, buat apa yang ada depan mata, gunakan modal dan tanah yang ada, semua informasi ada dihujung jari, paling penting buat apa yang anda minat.

Semoga artikel kali ini bermanfaat dan dapat memberi inspirasi buat generasi muda yang sedang mencari kerja. Ingat, pertanian satu perniagaan yang mengutungkan – Sifudurian

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*