(Kisah Inspirasi) Dulu Pengarah Filem, Kini Penternak Kambing Berjaya…

Dahulu Shahrom Mohd Dom, 72, dikelilingi pelakon cantik dan kacak kerana bertugas sebagai pengarah filem. Beliau yang juga bekas pensyarah saban hari tidak menang tangan melayan kerenah pelajarnya.

Selepas bersara, beliau mahu mengisi masa lapang dengan menternak kambing di tanah seluas dua hektar di Kampung Sungai Lalah, Rembau, yang dibelinya lebih 20 tahun lapas.

Siapa sangka, sekadar suka-suka kini Shahrom ‘jatuh cinta’ pada kerjaya baru sebagai penggembala kambing sehingga mengambil keputusan mengusahakannya secara komersial.

Bermula dengan hanya 20 ekor kambing tujuh tahun lalu, kini Shahrom menternak kira-kira 200 ekor kambing tenusu bagi menghasilkan produk jenama Lalah River Susu Kambing Segar yang diusahakan bersama anaknya Adil Shahrom melalui syarikat Lalah River Goat Farm.

Shahrom pernah mengarah filem Bintang Pujaan yang diterbitkan pada 1981 dan Langit Petang pada 1982.

Katanya, selepas puluhan tahun mengabdikan diri dalam bidang akademik dan seni, dia mendapati bidang pertanian terutama ternakan kambing sesuatu yang ‘menghiburkan’.

“Kebetulan tanah saya tidak terurus walaupun ditanam pokok buah-buahan. Sesekali saya balik menjenguk, rumput sudah memanjang.

“Jadi, saya fikir ada baiknya saya manfaatkan kawasan tersebut dengan perkara berfaedah selain menanam pokok buah-buahan. Melihat rumput yang panjang dan segar di kawasan itu, timbul idea untuk menternak kambing, sekurang-kurangnya saya tidak perlu lagi mengupah orang memotong rumput.

“Saya mulakan dengan 20 ekor kambing Boer dan mengupah seorang pekerja mengendalikannya. Disebabkan menetap di Kuala Lumpur ketika itu, saya hanya menjenguk pada hujung minggu. Tapi, disebabkan tiada pengetahuan serta pengalaman dalam bidang ternakan, kebanyakan kambing saya ma,ti terkena penyak1t,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak putus asa malah mula seronok menternak kambing lalu membeli 20 ekor lagi. Pada masa sama, dia belajar daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang itu.

“Alhamdulillah, percubaan kedua saya berjaya. Dari semasa ke semasa, kambing saya makin membiak. Pada peringkat awal, saya menternak kambing daging tapi sejak tiga tahun lalu bertukar kepada kambing tenusu kerana lebih cepat hasilnya.

“Kambing daging memerlukan masa dua tahun untuk matang sebelum boleh dijual sementara tenusu hanya setahun, malah hasilnya berulang kali iaitu setiap kali selepas ia beranak,” katanya.

Shahrom membelanjakan lebih RM20,000 untuk membeli kambing baka Syami untuk dikacukkan dengan Boer yang ternyata dapat menghasilkan susu berkualiti.

Kini, beliau ‘mengahwinkan’ pula kacukan Syami dan Boer itu dengan kambing Saanen yang mampu menghasilkan lebih banyak susu.

Selain dedak, pada waktu petang kambing itu dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan di sekitar ladang ternakan itu.

Selain menjimatkan kos pemakanan, makanan semula jadi yang segar di situ menyebabkan kambing lebih sihat dan cepat membesar.

Shahrom berkata, setakat ini beliau mampu menghasilkan kira-kira 200 botol susu segar bersaiz 230 milileter (ml) sehari yang dipasarkan Adil secara persendirian selain melalui beberapa pasar raya di sekitar Lembah Klang.

Proses penghasilan susu segar dilakukan secara semula jadi daripada perahan sehingga kepada pembotolan. Bagi menjamin ia bersih, segar dan selamat untuk diminum, Shahrom menekankan konsep 3K dalam mengendalikan ladang ternakan itu.

“Konsep 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan menjadi pegangan kami bagi memastikan susu bukan sahaja segar, malah selamat untuk diminum. Walaupun susu jenama Lalah River tidak melalui proses pengilangan serta tidak menggunakan bahan pengawet, pewarna tiruan atau air, namun ia dijamin selamat.

“Sejak awal kami mengutamakan persekitaran bersih terutama kandang agar kambing ini sentiasa sihat. Malah, sebelum melakukan proses memerah susu, kami pastikan kambing berada dalam keadaan sihat, begitu juga dengan pekerja ditugaskan memerah susu.

“Di samping itu petugas diwajibkan menggunakan sarung tangan serta penutup mulut dan kepala semasa memerah. Susu yang diperah kemudian dibotolkan serta disejuk beku bagi mengekalkan kesegarannya,” katanya.

Bagi menjamin susu Lalah River selamat, mereka mendapat bimbingan dan pengawasan berkala daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Disebabkan permintaan makin bertambah, beliau bercadang meningkatkan produktiviti kepada 500 botol sehari.

Shahrom yang kini menetap di Kampung Sungai Lalah menjadi penggembala kambing sepenuh masa sambil dibantu dua pekerja – Harian Metro

.

.

Berminat menternak kambing? ketahui bagaimana cara memulakan penternakan kambing yang betul dengan kos yang rendah tanpa perlu membuat sebarang pinjaman!

Klik PANDUAN LENGKAP di

>>>sini <<<

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*