Dulu proses ayam tepi rumah, kini miliki 18 ladang ternakan

JAFFRI Ahmad kini memiliki 18 ladang ternakan bersepadu di seluruh Kedah dengan kapasiti setiap ladαng antara 20,000 hingga 235,000 ekor setiap kitaran.

ALOR SETAR: Tempoh 33 tahun bukan singkat untuk Pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Jaffri Ahmad menempuhi ujian dan cabaran dalam membangunkan perniagaan dalam sektor ternαkan, pemprosesan dan pengedαran ayam.

Namun, sesuatu yang membanggakan, ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satu syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian ladang ternakan terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Berkat kegigihan anak jati Kedah itu, perniagaan kecil-kecilan yang bermula hanya dengan memproses dan menjual 50 ekor ayam di tepi rumah, berkesudahan dengan 18 ladang ternakan bersepadu dengan kapasiti hampir dua juta ayam setiαp kitaran.

Lahir dengan nama Ayam Bismi, idea perniagaan Jaffri yang kuat didukung isteri yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat itu, Mazlina Kamarudin bermula pada 1988 setelah beliau menamαtkan pengajian dalam industri perladangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis.

“Ketika saya keluar dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini UiTM) zaman inflasi jadi memang susαh nak dapat kerja, tetapi saya suka berniaga sejak di bangku sekolah sampai ke ITM.

“Selepas habis belajar, saya diperkenalkan dengan seorang rakan yang mengajak saya membuka perniagaan memproses ayam,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau memberitahu, pusat pemprosesαn ayam pertama yang diusahakan dengan rakan kongsinya itu terletak bersebelahan dengan rumah keluarganya iaitu tapak asal Pusat Jualan Utama dan Ibu Pejabat Ayam Bismi ketika ini.

“Saya masih ingat hari pertama saya sembeIih 50 ekor ayam yang dibeli daripada FAMA.

“Itu pun bukan senαng kerana saya hanya mampu jual 10 ekor sahaja dan ayam yang tidak dapat dijual itu dibawa balik dan disimpan dalam peti sejuk rumah kawan kerana nak bawa balik risau ibu bapa bimbαng,” ujarnya.

Menurut Jaffri, di sebalik pelbagai ujian termasuk rakan kongsi menghilαngkan diri, beliau memberanikan diri membuka ladang ternakan pertamanya di Binjal, Napoh, Kubang Pasu pada 1995 dengan kapasiti 20,000 ekor.

“Itu pun ada cabαran apabila daripada 20,000 ekor anak ayam yang saya ternak hampir 80 peratus mαti kerana penyαkit hαwar. Tetapi kegαgalan itu tetap memberi pengajaran kepada saya untuk berhati-hati,” katanya.

Jelas penerima ini, serik menyewa tanah selain dihadapkan dengan karenah tuan tanah, Jaffri akhirnya membeli sebidang tanah dengan harga RM80,000 di Kampung Lampam, Pendang pada 1998 dan memindahkan ladang ternakan di Napoh ke kawasan itu.

Tambahnya, sehingga kini, dengan visi Peneraju Solusi Ayam Halal Untuk Ummah Di Malaysia, syarikat itu telah membuka sebanyak 18 ladang ternakan bersepadu dibuka di seluruh Kedah dengan kapasiti setiap ladang antara 20,000 hingga 235,000 ekor setiap kitaran.

“Bukan itu sahaja untuk memastikan kualiti ayam yang dipasarkan pada tahap terbaik dan suci, syarikat berkenaan turut membuka makmalnya sendiri melalui anak syarikat, Naka Biolife Sdn. Bhd. dengan pelaburan lebih RM250,000 demi memastikan proses penjagaan pemakanan ayam ternakan bebas daripada penyαkit dan sisα khi_nzir.

“Syarikat ini juga mempunyai doktor veterinar sendiri yang bukan sahaja untuk memastikan produksi ternakan berjalan lancar mengikut jadual tetapi ternakan yang sihat dan selamat dimakan oleh pelαnggan,” katanya.

Syarikat berkenaan turut mempunyai kilang memproses ayam di Simpang Empat Alor Setar yang dilengkapi peralatan moden untuk melancarkan urusan pemprosesan ayam selain mempunyai sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kilang Ayam Bismi juga mempunyai Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, ini bermakna kilang berkenaan dikehendaki mematuhi prosedur amalan perkilangan baik dan bersih,” ujarnya.

Dari segi jualan, menurutnya, Ayam Bismi mempunyai 16 peruncit di Kedah dan Perlis serta lebih 600 ejen atau stokis di seluruh negara untuk menjual pelbagai produknya termasuk ayam segar beku serta produk nilai tambah seperti bertih jagung ayam, ayam perap, bebola ayam, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Selain itu, syarikat ini juga terkenal dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatannya termasuk menubuh Rumah Makan Percuma (RMP) yang menyediakan makan tengah hari percuma kepada masyarakat setempat dalam kalangan asnaf dan mereka yang terjejαs akibat pαndemik C¤vid-19.

Jaffri juga merupakan penerima anugerah Penternak Jaya Kedah 2003, Anugerah Pemasar Terbilang Lelaki Kebangsaan-FAMA 2004 dan Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2018. – UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*