Durian D24 menjadi pilihan rakyat China

GAMBAR dirakam pada 8 Julai 2020 menunjukkan buah durian dpamerkan untuk dijual di sebuah gerai Kuala Lumpur. – AFP

BEIJING – Durian Malaysia mengungguli jualan buah-buahan dan sayuran pada satu festival peruncitan besar-besaran di China sekali gus membuktikan populariti raja buah itu lap0r laman berita South China Morning Post hari ini.

Durian paling popular yang dijual pada festival 618 JD.com itu adalah durian Sultan atau D24 dari negeri Pahang, demikian menurut media tempatan yang memetik data daripada gergasi e-dagang tersebut.

Festival jualan itu adalah yang kedua terbesar di China selepas jualan Hari Bujang 0leh konglomerat Alibaba.

Jualan durian itu lebih laris berbanding aiskrim dan buah peach.

Populariti buah yang memiliki bau kuat itu melonjak di China dengan import durian segar meningkat empat kali ganda kepada AS$2.3 bilion (RM9.4 bilion), thun lalu, demikian menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Durian muncul buah import nombor satu di China dari sudut nilai dan mengatasi import ceri pada 2o19.

Walaupun pelancongan durian yang menyaksikan pelancong China melawat dusun durian di Malaysia ditangguhkan akibat sekatan perjalanan disebabkan pandemik ko*ronavi*rus, diplomasi durian masih lagi kukuh.

Pembekal durian terbesar Malaysia, MAPC Sdn. Bhd. telah menubuhkan tujuh buah pusat untuk mempromosikan durian Musang King di bandar-bandar di China sejak setahun lalu.

Syarikat itu mengeksport 90 peratus buahnya ke China. – Agensi / Kosmo 0nline

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*