Durian duri hitam RM400 jadi rebutan ahli perniagaan

PEKEBUN durian, Tan Chee Keat memerhatikan durian duri hitam di dusunnya di Titi Serong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

BALIK PULAU: Adakah anda sanggup berbelanja sehingga RM400 hanya untuk sebiji durian Black Thorn atau lebih popular dikenali sebagai duri hitam atau ‘ochee’ yg beratnya tiga kilogram (kg) lebih?

Namun, harga bagi durian Gred A yang boleh disifatkan bertaraf kayangan tersebut langsung tidak men’ggerunkan peminat tegarnya yang sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu menikmati buah bermusim dari daerah Barat Daya di sini itu.

Berkongsi perkara tersebut, peniaga durian di Batu Maung, Nicholas Chang, 44, berkata, pelanggan terutama ahli perniagaan dan pengurus syarikat sanggup membeli buah durian jenis duri hitam itu dengan harga men’cecah RM100 sekilogram ketika ini.

DURIAN duri hitam dari dusun di Balik Pulau, Pulau Pinang ketika ini antara yang termahal iaitu dijual pada harga RM800 hanya untuk dua biji namun tetap diburu pe1anggan khususnya ahli perniagaan.

Ceritanya, buah gred A dari pokok berusia lebih 10 tahun itu dikatakan lebih berkualiti dan bernilai harganya buat para pekebun di Balik Pulau.

“Harga durian duri hitam kini antara yang ter’mahal dijual iaitu RM100 sekilogram berbanding Tupai King berharga RM90 sekilogram.

“Pengeluaran buah itu yang kurang tahun ini disebabkan fak’tor cuaca menjadikan harga jualannya tinggi ekoran mendapat permintaan luas dari China setiap tahun.

“Selain itu, duri hitam kini menjadi pujaan dalam kalangan pelanggan di Kuala Lumpur terutama ahli perniagaan. Saya pernah membawa kira-kira 10 hingga 15 biji duri hitam dengan berat lebih tiga kilogram sebiji ke Kuala Lumpur dan habis dijual sekelip mata,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalalm.

Bagaimanapun jelasnya, di Pulau Pinang, durian duri hitam kali ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan pe’minatnya disebabkan ramai yang mula memilih akan kenikmatan durian Tupai King.

“Bulan ini, permintaan terhadap durian duri hitam berkurangan iaitu dijual antara dua hingga tiga biji sehari berbanding bulan lalu boleh dipasarkan sehingga enam biji sehari.

“Rasa durian Tupai King yang pahit, manis dan lemak berjaya menarik pilihan pelanggan ketika ini sehinggakan buah itu yang belum luruh dari pokok pun sudah ada tempahan daripada pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, selain durian duri hitam dan Tupai King, durian jenis Ah Heng dan Hor Lor juga antara yg menjadi pilihan pelanggan namun harganya sedikit murah.

Sementara itu, pemilik kebun Black Thorn di Titi Serong, Balik Pulau, Tan Chee Keat, 30, pula memberitahu, sebanyak 1,500 batang pokok buah itu yang ditanam di kawasan puncak bukit berkeluasan 20 hektar sudah mengeluarkan hasilnya pada pertengahan bulan lalu.

“Setakat ini, hanya lima peratus buah itu sudah dipasarkan di negara ini dan selebihnya di’jadual akan dieksport ke China dan Hong Kong akhir bulan ini.

“Sehingga kini juga lebih 15 tan durian duri hitam telah di’tempah pelanggan dari dua negara berkenaan manakala di negara ini, tempahan dibuka dan dijual kepada pmborong atau peraih pada harga RM78 sekilogram,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*