Durian Musang King, Duri Hitam Beri Income Lumayan

KENANGAN: Theng (tengah) merakam kenangan bersama pelawat yang datang mengadakan lawatan ke dusunnya mempelajari teknik penanaman durian Musang King dan Duri Hitam, baru-baru ini. (gambar atas)


TERBAIK:Theng (tengah) bersama yang lain menunjukkan pokok durian yang sedang berbuah di dusun duriannya.
Durian Musang King di ladang Theng yang turut mendapat permintaan tinggi.

MERADONG: Penanaman durian Musang King dan Duri Hitam sejak lima tahun lepas ternyata tidak sia-sia bagi pengusahanya, Theng Nam Hoi.

Setiap kali musim berbuah, durian Musang King dan Duri Hitam yang diusahakannya mendapat tempahan yang begitu tinggi daripada rakan-rakannya.

Bahkan menurutnya, kadangkala beliau tidak dapat membekalkan buah berkenaan kerana permintaan dan pasaran yang amat tinggi.

“Tanaman durian ini dapat memberi pulangan yang lumayan kerana harga pasaran Musang King adalah agak tinggi iaitu sekitar RM60 sekilogram sementara Duri Hitam RM70 sekilogram dan ini adalah kadar harga di Sarawak sahaja.

“Saya percaya di Semenanjung harga pasaran tanaman ini adalah lebih tinggi,” katanya semasa menerima lawatan rombongan ketua-ketua masyarakat ke dusunnya baru-baru ini.

Lebih membanggakan, anak jati Bintangor ini merupakan seorang ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Meradong pertama yang berjaya mengusahakan tanaman ini dengan jumlah pokok setakat ini ialah 500 pokok Musang King dan 40 pokok Duri Hitam yang diusahakan di atas tanah berkeluasan 10 hektar.

Bukan itu sahaja, Theng malahan tidak kedekut dengan ilmu berkaitan teknik atau cara penamanan kedua-dua spesies durian berkenaan.

“Saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelawat sekiranya ingin mempelajari teknik tanaman Musang King dan Duri Hitam.

“Saya sentiasa bersedia berkongsi pengalaman sedia ada untuk melahirkan lebih ramai penanam raja buah ini,” katanya.

Malahan bagi dirinya kata Theng, beliau sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada pihak PPK Meradong dari semasa ke semasa dalam pengurusan dokumentasi, pembajaan dan lain-lain.

Bagi pembajaan, beliau menyatakan bahawa telah menggunakan baja cecair K Biobooster yang diperkenalkan PPK Meradong yang ternyata memberi kesan baik untuk penghasilan buah yang banyak.

Sementara itu, baru-baru ini beliau menerima kunjungan daripada Tuai Rumah Aliaa Bon dan Tuai Libau Klumbu dari Batu Niah, Miri untuk mempelajai teknik penanaman, cara membuat cantum dan teknik memangkas.

Tuai Rumah Libau, pada lawatannya itu menyatakan beliau tertarik dengan penanaman durian berkenaan terutamanya Musang King, untuk diusahakan.

Beliau berazam mengusahakan tanaman durian Musang King pada keluasan tanah 15 hektar pada masa akan datang.

Turut hadir semasa lawatan ini ialah pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong disertai timbalan pengurus PPK Meradong dan pengurus projek PPK Meradong – Utusan Borneo

SPONSORED …

CONTACT US NOW

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*