Elakkan Menyimpan Pokok Lidah Mertua Di Bilik Jika Sistem Imun Badan Lemah!

Semenjak PKP dijalankan beberapa minggu yang lepas, pokok Lidah mertua/Jin atau lebih dikenali sebagai pokok indoor ini telah menjadi antara tanaman terlaris di Nursery seluruh Malaysia. Hal ini kerana terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa pokok ini mampu menyedut habuk dan udara kotor sekaligus memberi kesegaran untuk rumah.

1. Menerusi laporan dari berita Bernama baru-baru ini, pokok tersebut mempunyai impak buruk kepada manusia. Menurut Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli Kimia. Beliau merasa bimbang penyimpanan pokok tersebut yang ditanam dengan bekas berisi tanah boleh membiakkan mikroorganisma dan bakteria.

2. Beliau menyatakan bahawa setiap tanah didiami mikroorganisma yang berbeza-beza. Setiap 1g tanah yang subur dan sihat mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama yang berdekatan dengan akar pokok. (Rhizosphere).

3. Katanya lagi, kerana itu tanah tidak sesuai disimpan di dalam rumah, apa lagi bagi individu yang tidak mempunyai sistem ketahana badan yang kuat. Mereka akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.

4.Beliau yang merupakan seorang Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu berkata, terdapat alternatif kepada sumber tanah jika ingin menanam pokok dirumah.

5. Antaranya menggunakan tanah liat yang sudah dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, perlite iaitu sejenis hasil letusan guna atau pun menggunakan kaedah hidroponik. Beliau juga menggalakkan menanam menggunakan air sahaja, namun harus rajin menggantikannya untuk mengelakkan nyamuk bertelur.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di Facebook – Sifudurian

Kredit : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*