Ella Kongsi Rahsia Kejayaan Menanam Cili Fertigasi (Kisah Inspirasi)

Memiliki suara luar biasa, serak-serak basah membuat penyanyi yang sudah menjangkau ke usia 54 tahun ini masih terus diminati. Aura milik Ratu Rock Negara sehingga kini masih tiada pengganti. Ella bukan suatu nama yang asing bagi peminat muzik di Malaysia.

Gayanya yang manja dan bersahaja menjadi trademark buat menyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini. Kehidupan Ella kini semakin bahagia sejak memiliki seorang anak angkat perempuan yang bernama Shanome Az Zahra. “Alhamdulillah, kehidupan kami bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk meluangkan masa bersama anak kami,” ujar Ella kepada Astro Gempak.

Ella dan suaminya Azhar Ghazali seorang juruterbang telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2012. Kehidupan pasangan bahagia ini semakin indah apabila mengusahakan tanaman cili fertigasi sejak tiga tahun lalu.

Ella telah berkongsi rahsia bagaimana tanaman cilinya hidup subur dan membesar dengan baik menerusi temu bualnya dalam rancangan Next To Neelofa. “Saya sering bercakap dengan tanaman cili agar hidup subur dan banyak berbuah. Saya juga akan menyanyi atau buat konsert dalam ladang tersebut,” kata Ella. Untunglah pokok cili boleh dengar suara Ella menyanyi hari-hari.


Foto: Instagram @ellaaminuddins

“Saya yakin potensi perniagaan dalam bidang pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” tuturnya yang menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

Bercakap tentang rahsia kecantikan Ella pula, “Tiada rahsia khusus, namun apa yang boleh saya kongsikan adalah senaman yang teratur amat membantu tahap kecantikan dan kesihatan seseorang. Walaupun kita mengamalkan pengambilan pelbagai jenis vitamin namun kalau tak bersenam pun tak guna juga.

Waktu bersenam bagi saya tak menentu, kalau ada kelapangan pasti akan ke gimnasium bersama suami. Selain itu, kontrol pemakanan dan jangan terlalu mengambil makanan berminyak dan tak berkhasiat,” tutur Ella.

Baca lebih banyak kisah inspirasi di Nona.my

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*