Empat Bulan MATANG Dah Boleh Jual, Tips Dan Potensi Ternakan UDANG GALAH

Udang Galah atau nama saintifiknya adalah Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Kebiasaannya, Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan sungai.

1. Terdapat beberapa kaedah untuk penternakan udang galah antaranya adalah kaedah monokultur dan polikultur. Saiz kolam air tawar haruslah bersesuaian dengan kuantiti udang yang akan diternak. Sekiranya kolam terlalu sempit ia akan menyebabkan persaingan yang tinggi dan banyak benih udang akan mati.

2. Anda digalakkan untuk mengeringkan kolam sebelum proses pembenihan selama dua minggu. Tujuannya adalah untuk membunuh semua jenis pemangsa sebagai contoh ikan haruan dan belut. Selain itu, keperluan matahari sangat membantu proses pereputan bahan organik seperti najis, daun dan rumput mati.

3. Ternakan udang galah tidaklah rumit bagi penternak yang mempunyai pengalaman, modal yang cukup dan kawasan ternak yang sesuai. Kebiasaanya, penternak akan melaksanakan beberapa perkara seperti mengapur, membaja, memberi makan dan mengawal penyakit.

4. Tujuan pengapuran kolam adalah untuk menstabilkan pH air. Membaja pula adalah untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi seperti lumut, dan cacing. Bagi memastikan kualiti air yang baik dan bersih, kebanyakkan penternak akan memasang aerator di kolam.

5. Antara penyakit yang boleh menyerang ternakan udang galah adalah Black Spot. Penyakit ini dapat dikawal dengan merawat sumber air yang digunakan.
Sistem pengairan yang baik amatlah penting, sebaiknya kadar tukaran air adalah seminggu sekali.

6. Bagi pemakanan untuk ternakan udang galah pula, selain cacing dan lumut, tepung ikan, kulit udang, kacang soya dan lain-lain sangat sesuai untuk tumbesaran udang galah.

7. Udang galah matang dan boleh dituai pada bulan keempat. Kolam akan dikeringkan dan proses perawatan kolam dijalankan.

Pendapatan bulanan bagi penternak yang meniagakan udang galah mencecah sehingga RM3500-RM5000 sebulan. Harga udang galah dipasaran boleh mencecah sehingga RM60 sekilogram berdasarkan saiz udang tersebut.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk SHARE di Facebook – Sifudurian.

Kredit : Anem Agro Tech

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*