Engineer VS Menternak Ayam (Kisah Inspirasi)

Dulu saya kerja Engineer. Tahun 2003 hingga 2005. Tempoh kerja sekitar 1 tahun 8 bulan. Masa saya belajar, cita-cita memang nak jadi Engineer. Alhamdulilah… Allah kabulkan.

Ditakdirkan Allah, abang saya juga seorang engineer. Waktu itu dia ada cakap dekat saya, “Daus, kalau ada peluang buat bisnes, buatlah bisnes…. kerja engineer ni teruk….”

Huhu…

Padahal saya kerja engineer pun sebab nampak dia sebagai idola kerja Engineer. Waktu itu, kalau orang tanya kerja apa. Kita boleh jawab “Engineer…” kira kemas lah.

Orang Terengganu kata, Kemah Keming.

Kerja sekejap jer Engineer, saya mula faham. Betapa stressnya kerja sebagai seorang Engineer. Saya pulak kerja kilang, jadi Process Engineer. Kalau setakat malam malam kena call tu, kira normallah.

Kalau setakat jam 2 pagi, kena call, kena pergi ke kilang, itu bukan sesuatu yang luar biasa. Saya masih boleh bertahan lagi. Cuma soalan yang ada di fikiran saya waktu itu…

“sampai bila…..”

Abang saya pulak psiko saya, “kalau awak nak buat bisnes, baik buat la. Masa belum kahwin. Komitmen tak banyak. hutang tak ada…. apa nak jadi pun, it’s all about you….”

Apa lagi, saya pun fikirlah pasal nak buat bisnes.

Waktu tu, abang abang saya bagi nasihat untuk buat “Bisnes ayam daging….” dengar cerita, bisnes ayam daging untung lumayan, haha…

Waktu itu, abang saya yang doktor pulak cakap. “hang buat Daus. Jadi apa apa, Abang Ain back up…..”

Apa lagi… jalan terus…. tapi ia tidak seindah yang anda sangka. Anda tak nampak disebalik kisah hitam saya dalam menternak ayam.

Ramai dok nampak dia ni, “Fuyooo….. Fuyoo….” hampa jangan dok “fuyooo” sangat. Perit jerih, nangis, mengeletar lutut tak boleh jalan.. Semua saya dah lalui semua tu.

Sebab tu bagi saya, kalau orang yang datang jumpa saya mahu belajar pasal ayam. Saya boleh cerita from different angle.

Dari sudut positif pun ada.

Dari sudut negatif pun ada.

Tapi macam biasalah… mana ada orang buat bisnes dok canang yang negatif. Jarang sekali kita dengar betul tak?… kita mesti tunjuk kita steady.. miakakaka….

Begitulah serba sedikit kisah bagaimana sejarah saya bermula menternak ayam daging. Terima kasih sudi membaca.

Nak berguru dengan Firdaus? nak belajar menternak ayam dengan betul? hubungi beliau melalui 0195782515 atau klik di sini

About Sifudurian 312 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*