Fungsi Nutrien-Nutrien Untuk Tumbuhan

A. MICRO NUTRIENTS

Nitrogen N) adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage), Posphorus (P) untuk akar kuat & subur (Strong Root), Kalium (K) untuk perkembangan keseluruhan tanaman (Healthy growth) termasuk bunga dan buah.

B. SECONDARY NUTRIENTS

Kalsium (Ca) adalah penting untuk pertumbuhan pokok dan menggalakkan pertumbuhan akar dan tunas muda. Kalsium juga membantu membina dinding sel.

Magnesium (Mg) membantu mengawal pengambilan makanan dan membantu tumbuhan dalam pembentukan benih.

Penting dalam pembentukan klorofil dan membantu keupayaan tumbuhan untuk membuat makanan dari cahaya matahari.

Sulfur (S) membantu mengekalkan warna hijau gelap sambil menggalakkan pertumbuhan tumbuhan yang lebih sihat. Sulfur juga diperlukan untuk menghasilkan klorofil.

C. MICRO NUTRIENT/ Trace Minerals/ Trace Element)

Boron (B) membantu dalam pembangunan sel dan membantu mengawal metabolisme tumbuhan.

Klorin (CI) adalah terlibat dalam fotosintesis.

Tembaga/Copper (Cu) membantu tumbuhan untuk metabolisme nitrogen.

Besi/Iron/Ferum (Fe) membantu dalam pembuatan klorofil dan proses biokimia yang lain.

Mangan (Mn) diperlukan untuk pengeluaran klorofil.

Molybdenum (Mo) membantu pokok menggunakan nitrogen.

Zink (Zn) digunakan dalam pembangunan enzim dan hormon. Ia digunakan oleh daun dan diperlukan oleh kekacang untuk membentuk benih.

Contoh baja foliar yang mengandungi kesemua nutrien diatas ialah Baja Fastgrow Fertilizer Hijau dan Merah.

Selamat berkebun – Sifudurian

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*