Biar muka gelap comel asalkan poket tebal…

TIDAK kek0k terbabit dalam bidang pertanian. FOTO Aziah Azmee

Dia sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai eksekutif akaun dan pegawai teknologi maklumat di sebuah syarikat pembekal r0ti sejak 13 tahun lalu.

Berbekalkan wajah dan penampilan menarik, Nor Sabella Melan, 32, juga pernah menerima tawaran menjadi model pr0duk kosmetik.

Pendapatan yang diperoleh dalam kerjaya yang diceburi, sebenarnya sudah cukup untuk menampung kehidupannya.

Bagaimanapun, anak jati Kampung Felda Bukit Cherakah, Selangor ini, bukan seorang yang boleh duduk diam apabila sanggup keluar dari zon selesa untuk turut menceburi bidang penanaman cili sejak tiga tahun lalu.

Dia bersama dua rakan kongsinya, Faizal Rahman dan Azizi Azis masing-masing berusia 37 tahun menjalankan aktiviti pertanian yang dinamakan sebagai Pr0jek Ilham mempunyai misi sama untuk menjadi pembekal cili terbesar di negara ini.

Berperanan sebagai eksekutif pemasaran, dia bertanggungjawab mempromosikan dan memasarkan cili secara terus kepada pelanggan tanpa membabitkan 0rang tengah.

Nor Sabella berkata, dia bersama dua rakan kongsinya nekad memulakan penanaman cili di atas tanah seluas 1.4 hektar di Kampung Felda Bukit Cherakah dengan mengeluarkan modal sendiri.

Katanya, biarpun pada ketika itu tidak mempunyai ilmu mengenai penanaman cili, namun semangat ‘juang’ yang tinggi mendorong mereka meneruskan pr0jek terbabit.

“Banyak cabaran dihadapi kerana ilmu penanaman sangat kurang dan kami berdepan banyak keru*gian kerana tidak sempat mengumpul data potensi pelanggan.

AKTIVITI pertanian sudah sebati dengan Nor Sabella. FOTO Aziah Azmee

“Akibatnya 500 kilogram cili yang dipetik tidak terjual. Namun, menerusi kesil*apan ini kami belajar perkara baharu untuk berjaya sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum memulakan projek terbabit dia bersama rakannya berdepan pelbagai persepsi ne*gatif masyarakat dan keluarga.

“Rata-rata mereka tidak yakin projek ini akan berjaya dan meminta saya fokus kerjaya sekarang. Pernah satu ketika saya hampir berputus asa, namun cepat kembali positifkan diri.

“Alhamdulillah, kami berjaya buktikan dengan bukan sahaja mampu memiliki aset sendiri, malah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Sebagai wanita, dia mengakui berdepan cabaran berbeza apabila menceburi bidang yang dikuasai lelaki.

“Peranan sebagai eksekutif pemasaran, menuntut mencari pelanggan sama ada terus bertemu mereka atau pr0mosikan di laman sosial.

“Pada masa sama, saya juga perlu sentiasa turun ke ladang membantu operasi penanaman untuk memahami situasi sebenar di ladang dan daripada pengetahuan itu digunakan untuk memasarkan cili.

“Pada permulaan, saya akui agak tertekan apabila pernah dim*arah, namun lama-kelamaan saya dapat biasakan diri dan faham itu adalah untuk kebaikan,” katanya.

Pada masa sama, dia juga perlu bijak menguruskan masanya supaya tugasnya di syarikat pembekal r0ti tidak terganggu.

“Biasanya sebelum pergi ke pejabat, saya akan singgah dahulu di ladang untuk meninjau 0perasi dan terus ke tempat kerja yang mengambil masa lima minit perjalanan.

“Ketika makan tengah hari saya akan lari sebentar ke ladang dan penghantaran cili akan dibuat selepas waktu pejabat. Pada sebelah malam, kami akan bermesyuarat,” katanya.

Dia bersyukur kerana memiliki pasukan yang memainkan peranan masing-masing untuk memastikan pr0jek ini berjalan lancar.

Nor Sabella berpesan kepada wanita yang ingin terbabit dalam bidang ini supaya mengubah cara pemikiran untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Jangan takut untuk ceburi bidang pertanian dan kalau kita faham caranya, Insya-Allah boleh berjaya,” katanya.

Ditanya perancangan masa hadapan, dia tidak menolak kemungkinan untuk terbabit sepenuh masa untuk memajukan pr0jek berkenaan.

“Saya dan rakan lain sudah mempunyai perancangan untuk mengembangkan projek ini hingga satu tahap menjadi pembekal cili terbesar di negara ini.

“Kini, kami ke arah itu biarpun sedikit perlahan berikutan pandemik C0vid-19,” katanya – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*