Gagal bayar gaji pada 7haribulan, Pekerja Boleh buat aduan Terhadap Majikan

Gagal bayar gaji pada 7haribulan, Pekerja Boleh buat aduan Terhadap Majikan

Dengan keadaan semasa ini ramai diantara kita hanya duduk di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja. Ini disebabkan oleh perintah daripada kerajaan untuk kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian penularan CoV-19.

Oleh itu, ada yang sudah memikirkan apakah gaji mereka dibayar oleh majikan atau tidak.

Menurut bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar pekerja boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya gaji mereka tidak dibayar pada 7 haribulan atau pada (hari sepatutnya mereka menerima gaji).

“Sesuatu yang tidak sepatutnya apabila majikan membayar gaji untuk satu tempoh yang agak lama dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerja di bawah Seksyen 19.”

“Gaji perlu dibayar mengikut akta ini tidak lebih daripada 7 haribulan. Pekerja tidak perlu untuk menunggu sampai tempoh enam bulan untuk buat aduan”

Beliau mengulas mengenai kes kakitangan sebuah syarikat jurutera yang mengadu tidak menerima gaji mereka selama enam bulan sebelum ini. Oleh itu mengulas mengenai keadaan semasa bekas Perdana Menteri juga menggesa agar pihak majikan membayar gaji pekerja seperti biasa.

Majikan wajib bayar gaji penuh

Walaupun kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Sumber Manusia menerusi soalan lazim mengenai perkara itu memaklumkan bahawa majikan yang enggan untuk membayar gaji pekerja sepanjang tempoh itu, pekerja boleh membuat aduan secara dalam talian iaitu melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pekerja perlu membuat laporan dengan memberi maklumat lengkap berkenaan aduan agar pihak pengurusan JTK dapat membuat atau mengambil tindakan sewajarnya.

Pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang telah dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan.

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*