Gaji RM64,200 setahun untuk tidur sahaja

Beijing: Sebuah syarikat di Shanghai dilapor mencari pekerja profesional hanya untuk tidur dengan menawarkan gaji 100,000 yuan (RM64,200) setahun kepada calon yang bertuah.

Menurut laporan Beijing Morning Post, syarikat terbabit ialah pengeluar suplemen diet yang memerlukan pekerja untuk memakan produk mereka, tidur dan kemudian menulis laporan mengenai pengalaman mereka.

Bagaimanapun, ia tidak mudah seperti yang disangka kerana pekerja terbabit perlu tidur mengikut jadual yang berbeza bagi menggambarkan jadual pelbagai pekerjaan.

Satu-satunya kelayakan untuk memohon pekerjaan itu ialah minat tidur.

Menurut akhbar berkenaan, seorang penasihat karier berkata, Amerika Syarikat menjadi negara paling menguntungkan penidur profesional dengan ada dalam kalangan mereka dibayar gaji sehingga AS$300,000 (RM1.33 bilion) setahun kerana ada syarikat dan penyelidik cuba mencari jawapan kenapa sepertiga rakyat negara itu tidak dapat tidur secukupnya.

Laporan berkenaan meramalkan, lebih ramai penidur profesional akan dicari di China apabila kebimbangan orang ramai terhadap kesihatan meningkat. – Agensi

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*