Garis Panduan Penanaman Keladi Secara Komersial

1. Bahan tanaman anak pokok boleh didapati dari pokok induk yang telah berumur tiga bulan dengan mencabut anak pokok tersebut.

2. Keratan umbisi tersebut boleh disemai terlebih dahulu sebelum ditanam di ladang. Setelah tangkai daunnya mencapai ketinggian kira-kira 20-30 cm ataupun apabila benih ini mempunyai 2 atau 3 helai, ia bersedia untuk dipindahkan ke ladang.

3. Tapak tanaman haruslah dibersihkan dahulu dengan membersihkan semak samun dan penebangan pokok. Biarkan kering dan bakar. Jentera boleh digunakan untuk membajak.

4. Tujuan membajak tanah atau membuat batas adalah untuk menggemburkan tanah supaya pembentukkan ubi keladi mudah untuk berlaku.

5. Gali lubang sedalam 5 ke 7 cm, kemudian letakkan anak ke dalamnya dan ditimbus. Dinasihatkan agar daun keladi dipotong bagi mengurangkan pepeluhan dan untuk mengelak dari reput atau busuk.

6. Jarak barisan pokok ialah antara 90 ke 120 cm di antara satu sama lain dan jarak dalam barisan ialah 30-45 cm.

7. Sepanjang pokok keladi membesar, daun tua akan gugur manakala ubinya akan bertambah besar dan panjang. Sulur-sulurnya hendaklah dibuang dan tanah ditepi pokok hendaklah dinaikkan supaya menutupi bahagian ubi yang terdedah.

8. Sebelum kerja penanaman dijalankan, dinasihatkan agar penyemburan racun kulat dilakukan bagi mengelakkan pertumbuhan rumput yang serius.

9. Kebiasaannya, pengawalan rumpai dijalankan secara manual iaitu dengan menggunakan tangan.

10. Berikan baja dengan menggunakan baja subur NPK 15:15:15 dengan kadar 15gm/pokok, tabur baja disekeliling pokok dengan jarak 3 ke 4 cm.

11. Pengairan yang baik serta pembajaan dalam kuantiti yang yang mencukupi perlu bagi mempercepatkan pengeluaran hasil.

12. Kebiasaannya, ia boleh dituai bermula dari 8 hingga 12 bulan selepas penanaman bergantung kepada jenis varieti.

13. Ubi yang sudah matang dan membentuk sepenuhnya boleh dituai dengan mencabut atau menggali dengan cangkul.

14. Harga ladang keladi adalah sekitar RM2.50 sekilogram / 11 tan metrik (hektar) menjadikan pendapatan kasar RM22,500/hektar.

Jika anda rasa artikel iniĀ  bermanfaat jangan lupa share sekian terima kasih – Sifudurian

Sumber: Myagri.com.my

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*