Gerard Bangga Dengan Komitmen Pemain Pahang Rangers

Gerard Bangga Dengan Komitmen Pemain Pahang Rangers

Pahang Rangers merupakan sebuah pasukan Futsal yang mempunyai ramai pemain berkualiti. Mereka berjaya membawa beberapa nama besar ke dalam pasukan untuk musim ini.

Pahang Rangers yang dikendali dibawah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) ternyata ingin mendapatkan gelaran juaral MPFL untuk musim ini dengan membuat beberapa persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan berprofil tinggi sepanjang pra-musim mereka.

Jadi disebabkan itu tidak pelik sekiranya pasukan ini berjaya membuka tirai Liga Malaysia Premier Futsal 2020 dengan cukup bergaya apabila berjaya menang besar.

Pada 14 Mac 2020 yang lalu pasukan Pahang Rangers berjaya menundukkan pendatang baru Sarawak di Stadium Tertutup Sukpa dengan jaringan 9 berbalas 1. Namun selepas itu tiada lagi perlawanan MPFL selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi mengumumkan semua perlawanan bolasepak dan futsal dibawah mereka ditangguhkan atas sebab penularan wabak covid 19.

Gerard Casas yang merupakan jurulatih pasukan ini mengatakan bahawa mereka akan meneruskan impian mereka mendapatkan gelaran juara MPFL 2020 dimana mereka tidak berjaya melakukan perkara tersebut pada tahun lepas.

Menurut julatih ini walaupun cuti yang diberikan lama beliau sangat yakin bahawa pemain-pemainnya tidak akan melupakan tugas yang diberikan oleh jurulatih kepada mereka. Menurutnya pemain tidak boleh ponteng latihan dan mereka telah diberikan program latihan yang perlu diikuti.

Menurutnya dia bangga dengan komitmen yang telah diberikan oleh pemain. Mereka telah memberikan komitmen yang tinggi dan bekerja keras walaupun dalam situasi ini, saya harap keadaan akan dapat pulih dengan segera.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*