Gumantong, Gua Terbesar Ternak Burung Layang-Layang Semula Jadi Di Sabah

Gambar Penuaian sarang burung walit di Gua G0mantong. – Gambar ihsan Amusing Planet

BELURAN: Gua Gumantong di Kinabatangan merupakan gua terbesar untuk penternakan burung layang-layang secara semula jadi untuk menghasilkan sarang burung di negeri ini.

Pegawai Jabatan Hidupan L1ar Sandakan Hussein Muin berkata di negeri ini terdapat 27 sistem gua untuk penternakan burung layang-layang secara semula jadi dengan dua lagi gua terbesar adalah Gua Madai di Kunak dan gua Batu Timbang di Kuamut.

Katanya sarang burung diperoleh dari gua G0mantong dan gua Batu Timbang adalah sarang burung jenis putih dan hitam, manakala gua Madai (sarang burung jenis hitam).

Sarang burung walit yang b0leh dimakan.

“Industri ini wujud disebabkan permintaan sarang burung yang semakin meningkat dan pasaran tinggi.

Di Sabah industri ini hanya bermula pada lewat tahun 9o-an yang dipelopori oleh negara jiran seperti Indonesia dan Thailand,” katanya.

Ketika menyampaikan taklimat kepada 21 Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Dewan Undangan Negeri Labuk di sini, semalam (Isnin), Hussein berkata burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang b0leh dimakan adalah jenis ‘swiftlet’.

Burung Walit di Gua Gumantong. – Gambar internet Marcel H0lyoak/Flickr

Menurutnya terdapat 34 spesies burung layang-layang di seluruh dunia dan di Sabah terdapat enam spesies, bagaimanapun hanya dua spesies daripada Famili Ap0didae iaitu Aerodramus fuciphagus (sarang putih) dan Aerodramus maximus (sarang hitam) menghasilkan sarang burung yang b0leh dimakan.

Hussein berkata dalam kitaran kehidupan, burung layang-layang terutama pada masa pemb1akan, burung ini akan membuat sarang daripada air l1ur yang berbentuk separuh piring dengan ukuran lebih kurang lima sentimeter.

Beliau berkata bahagian penguatkuasaan Jabatan Hidupan Liar akan memastikan perkembangan penternakan burung layang-layang di negeri ini terkawal dan mematuhi perundangan serta peraturan semua agensi kerajaan yang berkaitan.

Katanya ini untuk memastikan aktiviti penternakan burung layang-layang ini tidak menje*jaskan p0pulasi burung layang-layang.

Selain itu untuk memastikan kesihatan 0rang awam dan masyarakat berhampiran dengan bangunan penternakan burung layang-layang terpelihara dan bebas daripada ancaman peny*akit, katanya.

Beliau berkata spesies burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang b0leh dimakan adalah spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 tertakluk kepada peraturan yang terdapat di bawah Peraturan-peraturan Hidupan Liar 1998.

Menurutnya mereka yang mengusahakan penternakan burung layang-layang dalam bangunan perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Hidupan Liar dan agensi lain yang berkaitan. – Lap0ran Bernama

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*