Guru manfaat tempoh PKP tanam 1,000 pokok strawberi

Guru agama, Ramli Yusof, 55, menyembur ra*cun serangga yang bagi mengelakkan pokok strawberi daripada r0sak di Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong ketika ditemui baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Marang: Sesiapa sahaja yang singgah di kediaman guru agama ini pasti akan berasa seolah-olah sedang berada di pusat peranginan terkenal, Cameron Highlands.

Manakan tidak, halaman rumah Ramli Yusof, 55, yang terletak di Kampung Berangan Pak Ayu, di Bukit Pay0ng di sini, dipenuhi dengan kehijauan daun dan kemerahan buah strawberi yang menyejukkan mata memandang.

Ramli atau mesra dipanggil Ustaz Ramli pada mulanya hanya menanam sekitar 50 pokok strawberi sejak dua tahun lalu sebagai h0bi.

Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama kira-kira tiga bulan sejak Mac lalu memberi kesempatan kepada guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong ini untuk meluangkan masa di kebunnya, yang sehingga kini mempunyai 1,200 pokok strawberi terdiri daripada pelbagai jenis.

“Kalau tidak kerana PKP mungkin tanaman strawberi saya tidak akan jadi sebanyak ini. Sepanjang PKP, selepas sahaja selesai urusan sekolah dan sesi mengajar secara dalam talian, saya pun menghabiskan masa dengan menanam strawberi.

“Kini, selepas subuh sebelum ke sekolah saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam di kebun mini strawberi ini,” katanya ketika ditemui Bernama di kebun mini yang dinamakan ‘Strawberry_T0kki’, di sini.

Guru agama, Ramli Yusof, 55, berdiri di hadapan kebun strawberi mini di halaman rumahnya di Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, ketika ditemui baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Ramli yang sememangnya gemar bercucuk tanam sejak muda berkata, beliau menimba ilmu mengenai penjagaan pokok strawberi daripada rakan dan menonton vide0 di saluran YouTube.

Katanya, menanam strawberi tidaklah rumit seperti yang disangka ramai, malah ia adalah tanaman yang tahan lasak dan sukar untuk ‘ma*ti’.

“Yang penting ia perlu sentiasa lembap dan diberi baja yang cukup. Saya juga memasang jaring di sekeliling kebun bagi menghindari buah strawberi dimakan burung,” katanya.

Isterinya, N0rizan Pipeh, 51, yang juga seorang guru turut membantu Ramli bersama-sama mengusahakan kebun mini ‘Strawberry_Tokki’ yang mula dibuka untuk kunjungan 0rang ramai sejak kira-kira lima bulan lalu.

Katanya, setakat ini, ‘Strawberry_T0kki’ yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu itu tidak henti didatangi pengunjung termasuk dari luar Terengganu.

Antara strawberi yang dipetik 0leh guru agama, Ramli Yusof, 55, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, baru-baru ini. FOTO BERNAMA

“Ada yang datang dari jauh membawa ibu bapa yang sudah tua kerana teringin hendak melihat buah strawberi memandangkan perjalanan ke Cameron Highlands agak jauh dan cuaca di situ agak mencabar bagi warga emas.

Jadi mereka datang ke sini sahaja. Cuma sejak kes C0vid-19 yang semakin meningkat semula ini saya mengehadkan jumlah kedatangan pengunjung untuk menjaga SOP (prosedur operasi standard).

“Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Malah, sekiranya ada buah strawberi mereka boleh merasa dengan percuma. Saya hanya jual anak pokok sahaja. Apa yang saya lakukan ini adalah kerana minat, bukannya keuntungan semata-mata,” katanya.

Selari dengan peredaran semasa, Ramli yang juga datuk kepada tiga cucu itu mula memasarkan anak pokok strawberi melalui platf0rm perniagaan dalam talian sejak bulan lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Ramli turut berharap supaya tanaman strawberinya itu akan terus berkembang dan kebun mininya mempunyai lebih 3,000 pokok strawberi – BERNAMA

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*