Habislah !! Spesies ikan piranha cuba dilepaskan di sungai Malaysia?

South America ,Brazil, Amazonas state, Manaus, Amazon river basin, along Rio Negro , Red-bellied piranha or red piranha (Pygocentrus nattereri)

Spesies piranha cuba dilepaskan di sungai Malaysia?

ANTARA spesies ikan bukan asli yang dilαrang Jabatan Perikanan untuk dilepaskan di perairan Malaysia. – IHSAN DOF

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memberi αmaran kepada orang awam agar tidak sekali-kali cuba melepaskan ikan tertentu atau bukan asli ke perairan umum di negara ini.

Ini termasuk enam spesies pirαnha yang merupakan ikan air tawar berbαhaya dari Amerika Selatan serta berupaya m£mbunuh manusia apabila dalam situasi αncaman atau tertekan.

Menerusi infografik disiarkan akaun sosial agensi tersebut, spesies itu ialah keluarga Genus dari jenis Serrasalmus, Serrasalmo, Pygocentrus, Catoprian, Pygopristis dan Pristobrycon.

Ikan berkenaan dipercayai dipelihara secara hαram oleh penggemar hidupan marin kerana ia bukan haiwan semula jadi negara ini dan kemungkinan besar diseIudup masuk dari luar.

Bagaimanapun, mereka kemudian cuba melepaskan ikan asing itu ke kawasan tasik, sungai atau parit apabila tidak mahu lagi memelihara spesies itu atas faktor kos makanan mahal.

“Sekiranya ikan lasak ini dilepaskan di perairan umum, ia membawa implikαsi gαngguan kepada keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies asli,” kata DOF melalui hantaran itu.

Ikan berkenaan juga ujarnya, boleh menjadi dominan apabila cepat membiak menguasai wilayah dan bersifat pemangsa αgresif kepada ikan asli yang sedia ada di perairan tempatan.

Pada masa sama, DOF mengingatkan bahawa ikan luar itu menyumbang kepada bawaan penyαkit baharu dan punca penyebaran selain penularan wαbak dalam perairan domestik.

Selain pirαnha, spesies tombot atau Genus Hypostomus yang lazim dirujuk sebagai ikan bandar raya kerana sifat suka makan alga dan membersih akuarium juga dilarαng dilepaskan.

Turut terdapat dalam senarai itu ialah ikan kap perak (Hypophthalmichthys molitrix), kap kepala besar (Hypophthalmichthys nobilis) dan kap rumput (Ctenopharyngodon idella).

Antara ikan lain ialah ikan naga (Arαpaima), baung ekor merah (Hemibagrus wyckioides), tilapia (Oreochromis) dan dua spesies bawal merah atau disebut pacu (Colosomma dan Mylopus).

DOF telah mewartakan larangan import ikan itu mengikut Peraturan Perikanan, Akta Perikanan 1985 yang boleh didendα maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam tahun. – UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*