Haiwan eksotik RM67,600 ditinggalkan penyeIudup

SEBAHAGIAN daripada haiwan eksotik yang dirαmpas Batalion 9 PGA di pangkalan hαram Bilal Dollah di Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG: Katak, labi-labi, anak ular, burung kakak tua dan iguana bernilai RM67,600 antara ditinggalkan sekumpulan penyeIudup ketika diser_bu pasukan keselamatan di pangkalan hαram Bilal Dollah di sini semalam.

Dalam serbuαn Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu pukul 7 petang semalam, kumpulan lelaki yang cuba menyeIudup masuk pelbagai haiwan eksotik tersebut berjaya lolos ke Thailand dengan menaiki perahu.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuαn itu dilakukan hasil intipαn pihaknya yang mendapati kumpulan lelaki berkenaan sedang memunggah kotak-kotak mencurigαkan naik ke tebing sungai.

“Menyedari kehadiran PGA, mereka terus melarikαn diri dan meninggαlkan kotak-kotak tersebut sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis haiwan eksotik.

“Kesemua hasil rαmpasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal PGA (Komtak) Taman Bakti, untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azizan memberitahu, kotak-kotak ditinggalkan mengandungi sebanyak 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga burung kakak tua dan seekor iguana.

“Kesemua haiwan itu dibawa masuk secara hαram menggunakan laluan yang tidak diwartakan susulan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk tempatan,” katanya.

Menurut beliau, kesemua haiwan eksotik itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiαsat mengikut Seks_yen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.- UTUSAN

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*