Harga buah tandan segar sawit catat rekod tertinggi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (foto)

KUALA LUMPUR: Buah tandan segar (BTS) sawit yang lazimnya diniagakan pekebun kecil kelapa sawit merek0dkan kenaikan tertinggi dalam sejarah apabila mencecah paras melebihi RM1,000 satu tan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr M0hd Khairuddin Aman Razali, berkata harga BTS bagi Semenanjung Malaysia mencecah RM1,024.24 satu tan hari ini.

“Harga BTS bagi Sabah mencecah RM923.70 satu tan, manakala bagi Sarawak pula RM937.05 satu tan hari ini.

“Dengan kenaikan harga BTS hari ini, moga tersenyumlah pener0ka dan pekebun kecil di kampung,” katanya.

Semalam, harga minyak sawit mentah (MSM) mencecah RM4,652 satu tan, harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

Ia terus menokok apabila k0ntrak semasa Mei 2021 untuk ditutup kepada RM4,885 satu tan.

Hari ini, kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) meneruskan peningkatannya untuk ditutup tinggi dengan mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa melebihi RM4,400 satu tan bagi k0ntrak penanda aras Julai.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, prestasi peningkatan itu adalah disebabkan kebimbangan terhadap pengeluaran yang lembap dan bekalan stok lebih rendah menjelang lap0ran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang akan dikeluarkan minggu depan yang menyokong harga tanaman itu.

Katanya, prestasi minyak kacang s0ya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) turut membantu meningkatkan sentimen.

“Kami mengesan sokongan pada RM4,250 satu tan dan rintangan pada RM4,480 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Menurut MP0B, harga MSM Malaysia berada pada RM4,652 satu tan pada semalam, paras tertinggi dalam sejarah industri minyak sawit dan kesembilan tertinggi pada tahun ini.

Ia melebihi puncak terdahulu RM4,548.50 satu tan yang dicatatkan sehari sebelumnya.

Ketika ditutup, k0ntrak niaga hadapan MSM bagi Mei 2021 meningkat RM167 kepada RM4,885 satu tan, Jun 2021 menambah RM217 kepada RM4,676 satu tan, Julai 2o21 meningkat RM210 kepada RM4,425 satu tan dan 0gos 2021 menambah RM184 kepada RM4,217 satu tan – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*