Harga Dan Permintaan Durian Musang King

HARGA & PERMINTAAN DURIAN MUSANG KING

Ramai yang tanya penulis, yang juga seorang pengusaha nursery bibit durian Musang King di area Kota Belud, Sabah. Jika semua tanam durian, harga tak jatuh ke?

Jawapannya, harga boleh maintain.

Jika 1-3% permintaan dari rakyat negera China (export) akan dapat maintain harga dalam masa 10 -15 tahun lagi, penduduk China seramai 1.379 billion (2016).. 1-3%: 13.8juta – 41 juta orang.. jika MINIMUM mereka nak makan 0.25kg sebulan sahaja akan ada permintaan 3,450,000 kg/bulan = 3,450tan sebulan.

Tambahan lagi pasaran ke Korea Selatan sedang terokai termasuk negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Singapore dan lain-lain.

Permintaan pasaran dalam negara kita juga tinggi. Manusia semakin ramai.

Produk-produk hiliran dari durian juga semakin meningkat. Contohnya coklat durian, ice cream durian, kopi perisa durian dan sebagainya.

Jika harga Musang King turun separuh sekitar RM20-25/kg PUN masih lagi untung.

Lain-lain projek offset dari durian seperti Ecotourism atau Agrotourism juga boleh dibangunkan oleh pekebun durian untuk pelancong luar negara tinggal bermalam di kebun atau dusun durian sambil menikmati buah durian.

Ini aadalah sekadar pandangan peribadi berdasarkan pembacaan penulis. Terima kasih.

Selamat berkebun.

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*