Harga Mencecah RM240 Sekilogram, Idea Jana Income Dengan Tumbuhan Azolla

Suri rumah usahakan rumpai Wolffia bantu jana pendapatan keluarga

KANGAR, 10 Mac – Siapa sangka, bermula dengan membeli tumbuhan akuatik Azolla untuk dijadikan makanan pada ikan peliharaan, seorang suri rumah menemui benih Wolffia, iaitu sejenis rumpai terkecil di dunia yang kini diusahakannya bagi menjana pendapatan sampingan keluarga.

Diani Iqlema Mohd Radzi, 31, (gambar bawah) berkata jika dilihat dengan mata kasar, rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiameter 0.01 milimeter sahaja dan bentuknya pula seakan-akan bintik tepung jagung yang mengambang di atas permukaan air.

“Rumpai Wolffia dahulunya tiada harga namun kini nilainya mampu mencecah sehingga RM240 sekilogram dan RM12 bagi 50 gram.

“Berat benih induk rumpai Wolffia yang ditemui bersama Azolla itu cuma sekitar 100 gram sahaja, jadi saya terfikir untuk membiakkannya setelah mengetahui rumpai ini sangat jarang ditemui dan ia mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kolam ternakannya di Kampung Behor Gonchar di sini hari ini.

Diani Iqlema berkata dia memulakan pembenihan rumpai Wolffia yang pertama di Perlis itu dengan membiakkannya di dalam sebuah kolam takungan fiber bersaiz sederhana yang direka suaminya.

Kini beliau sudah pun memiliki sembilan buah tangki fiber rumpai Wolffia, yang dibiakkan di dua tempat berasingan selain di halaman rumahnya.

Diani Iqlema berkata bermodalkan kurang daripada RM300, beliau kini mampu menjana income kira-kira RM2,000 sebulan dengan memasarkan rumpai berkenaan, bergantung kepada permintaan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, selain menerima pelanggan setempat, beliau turut menjual secara online iaitu menerusi platform e-dagang Shopee.

Katanya, beliau tidak menyangka tumbuhan itu mendapat permintaan yang tinggi bagi penggemar ikan hiasan seperti ikan laga dan ikan gupi yang menjadi trend masa ini, sehingga tidak dapat menampung permintaan dan perlu mengambil prapesanan.

“Ramai pelanggan dalam talian (Shopee) khususnya yang memilih Wolffia sebagai makanan semula jadi ikan kerana menurut mereka Wolffia mempunyai kadar protein yang sesuai untuk anak-anak ikan membesar dengan cepat selain sifatnya yang tidak mengeruhkan air,” ujarnya – BERNAMA

Kisah Inspirasi Pertanian Seteruanya…

Tanam Azolla dalam kolam simen

SUNGAI BESAR: Kira-kira setahun lalu, Harun Ahmad, 55, (gambar bawah) nekad mencuba sesuatu yang baharu apabila menceburi perusahaan pembiakaan tumbuhan akuatik iaitu Azolla.

Ketika itu, perusahaan di Parit 11 Timur di Sungai Panjang, di sini, kurang mendapat sambutan, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat Harun untuk terus berusaha.

Kini permintaan terhadap Azolla khususnya sebagai makanan ternakan dan baja tanaman semakin meningkat, malah Harun mampu tersenyum apabila meraih pendapatan yang cukup lumayan.

Berpengalaman sebagai pengurus teknikal dan pemasaran di sebuah syarikat pengeluar baja di Nilai, Negeri Sembilan, Harun mengakui mendapat idea mengusahakan Azolla selepas tertarik dengan usaha kecil-kecilan seorang rakan di Perak bagi tujuan kegunaannya sendiri.

Beliau menjelaskan, projek itu diusahakan di kawasan seluas 0.2 hektar menggunakan kolam simen yang turut membabitkan Koperasi Serbaguna Persatuan Kilang Padi (KOSPADI) Selangor, dengan modal melebihi RM30,000.

“Saya menggunakan bahan pengaktif dari tumbuhan di samping sistem yang betul bagi membiaknya dengan cepat dan alhamdulillah, berjaya memasarkannya ke seluruh negara.

“Permintaan Azolla sangat tinggi kerana ia amat sesuai untuk dijadikan bahan makanan alternatif kepada aktiviti ternakan dan ternak air seperti ikan laga dan sebagainya.

“Kelebihan tanaman air ini ialah ia mengandungi zat makanan serta protein yang jauh lebih tinggi berbanding jagung dan dedak,” katanya kepada BH Plus.

Azolla adalah sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang hidup terapung di permukaan air.

Kaya dengan protein

Azolla jenis Pinnata banyak tumbuh sendiri di kawasan Asia Tenggara dan ia kaya dengan kandungan protein iaitu antara 25 hingga 30 peratus dari kandungan berat kering.

Harun berkata, selepas setahun mengusahakan Azolla, dia kini mempunyai lebih 20 kolam dengan setiap kolam mempunyai lebih 700 kilogram (kg) tumbuhan itu yang boleh dituai dua hari sekali dengan kos RM10 sekilogram.

Bayangkan jika RM240 sekilogram, kalau 700 kilogram dah berapa, fuhh lumayan tak?….

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, Azolla diusahakan itu dijual secara terus kepada pelanggan yang datang ke tapak projek atau boleh juga dipos bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui media sosial.

Harun mengakui amat bersyukur kerana projek berkenaan turut dibantu anak lelakinya, Abu Bakar, 22, untuk menguruskan tanaman itu, selain mengendalikan penghantaran Azolla melalui pos atau secara terus kepada pelanggan.

Mengenai kaedah penghasilan Azolla, katanya ia cukup mudah iaitu dengan hanya menyediakan kolam asas atau takungan plastik yang diisi dengan air.

“Pihak kami sedia membantu sekiranya ada pihak yang ingin mengusahakan projek ini di samping membekalkan benih dengan berskala yang besar.” katanya.

Beliau yang juga bekas pelatih Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Serdang, berkata walaupun membelanjakan puluhan ribuan ringgit untuk kos benih dan penyelenggaraan, ia sangat berbaloi kerana pulangan diperoleh sangat memberangsangkan pada saat ini.

Katanya, selain projek tanaman Azolla yang diusahakan itu beliau turut bercadang mengadakan projek penternakan belut bersebelahan kolam terbabit, untuk dijadikan sebagai eko pelancongan di kawasan itu dalam jangka masa terdekat.

INFO: Azolla

Sejenis tumbuhan hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang hidup terapung di permukaan air.

Terdapat 7 jenis Azolla yang dibahagi kepada tiga kategori kawasan iaitu Asia, Afrika dan Amerika

Azolla Asia – azolla japonica, azolla filliculoides dan azolla pinnata

Azolla Afrika – azolla nilotica

Azolla Amerika – azolla caroliniana, azolla mexicana dan azolla microphylla

Azolla jenis pinnata banyak tumbuh sendiri di kawasan Asia Tenggara

Sumber: Berita Harian

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*