Harga RM1000 Sepasang, Tips dan Potensi Menternak Ikan Hiasan Gapi

1. Ikan Gapi adalah antara ikan hiasan yang sangat popular di Malaysia. Ianya sangat produktif dan cepat membiak serta tahan lasak.

2. Ikan Gapi mendapat permintaan yang tinggi untuk pasaran luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur. Ianya memberikan pendapatan yang lumayan sekiranya diternak secara komersial.

3. Cara untuk membezakan ikan jantan dan betina adalah dengan melihat ekornya. Ikan Gapi Jantan mempunyai ekor kembang dan lebih cantik dari ikan betina.

4. Tempoh matang bagi ikan Gapi adalah diantara dua hingga empat bulan. Bagi tempoh kehamilan ikan ini ianya mengambil masa 21-30 hari dan bergantung kepada keadaan dan suhu air.

5. Seekor induk ikan Gapi boleh melahirkan anak diantara 2-100 ekor pada setiap kelahiran. Setelah bertelur, asingkan ibunya untuk mengelakkan potensi anak ikan dimakan oleh induknya sendiri.

6. Terdapat banyak jenis baka ikan Gapi yang popular dan mempunyai gred yang tinggi dan sesuai untuk diternak secara komersial, antaranya Red Tuxedo Koi dan Albino Full Red Crown Tail.

7. Harga di pasaran bagi sepasang ikan Gapi adalah diantara RM200 sehingga RM1000 mengikut gred. Antara jenis ikan Gapi yang mempunyai nilai lumayan adalah baka Phoenix Fire Tail dengan harga RM1000 sepasang.

8. Tips bagi memastikan ikan gapi dapat menyesuaikan diri dengan ekosistem yang baru adalah dengan membiarkan ikan yang masih dalam plastik terapung dalam akuarium atau tangki selama 15-20 minit.

9. Kemudian buka plastik, masukkan pula air dari akuarium atau tangki yang kita telah sediakan sebanyak 10% ke dalam plastik.

10. Biarkan dalam 5 minit, ulangi sehingga air dalam plastik mulai penuh. Kemudian, barulah lepaskan ikan ke dalam tangki atau akuarium.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro, Rabu, 21 Mac 2018, dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*