Harga RM339.20 Sekilogram, Tips Dan Potensi Menternak Ikan Patin Air Tawar

1. Ikan Patin atau nama saintifiknya adalah Pangasianodon hypophthalmus merupakan sejenis ikan yang sangat sinonim dengan bandar Temerloh, Pahang. Ikan ini hidup di kawasan sungai, tasik dan lombong yang mempunyai kualiti air yang bersesuaian.

2. Harga seekor ikan patin liar yang hidup di sungai boleh mencecah sehingga RM180 sekilogram. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah Patin Buah, Patin Muncung, Patin Juara, Patin Kolam dan Patin Sungai.

Antara harga ikan sungai yang viral – pic Sinar harian

3. Musim tengkujuh dan kemarau mempengaruhi harga semasa ikan. Sebagai contoh, pada musim kemarau air sungai surut dan cetek memberi peluang kepada nelayan darat menangkap lebih banyak ikan.

4. Kolam atau sangkar sangat sesuai untuk penternakan ikan patin. Penternakan dalam kolam memerlukan tanah liat dengan saliran air yang bersih. Suhu air yang sesuai adalah 26028 darjah celcius dengan pH 6.5-7.0.

5. Anak benih ikan patin boleh didapati di jabatan perikanan atau mana-mana organisasi pembenihan ikan.

6. Anak benih perlu diternak berasingan sehingga mencapai saiz optima sebelum dilepaskan ke dalam kolam.

7. Lazimnya, zat yang diperlukan untuk tumbesaran ikan adalah protein (30-34 peratus), emak (5-7 peratis), serat (3-8 peratus), vitamin 0.2-3 peratus) dan mineral (0.2-3 peratus) Makanan diberikan tiga kali sehari.

8. Tempoh matang seekor ikan patin adalah selama 6 bulan. Sebelum proses penuaian, pemakanan hendaklah dihentikan dalam tempoh 24-48 jam bagi mengosongkan perut ikan.

9. Anggaran pendapatan menternak spesis ikan air tawar seperti ikan patin ini boleh mencecah sehingga rm20,000 dengan hasil jualan mencecah RM15-RM120 sekilogram ikut saiz.

10. Permintaan terhadap ikan Sungai terus meningkat untuk pasaran tempatan dan luar. Keenakan rasa ikan berkenaan membuatkan semua lapisan masyarakat menggemarinya – Sifudurian

 

Kredit : My Agri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*