Harga RM4,500 Seekor, Cikgu Hanif Kongsi Rahsia Jadi Jutawan Lembu!

Ramai yang tanya Hanif, perlaburan apa yang paling best, ada cakap labur pada ASB, ada cakap labur pada rumah, tapi kalau nak mudah, laburlah pada TERNAKAN!

Beli seekor jantan lembu, dua ekor lembu betina, setiap tahun akan datang dapat dua ekor anak lembu percuma!

Cukup 10 tahun, boleh dapat 20 ekor. itu tak betina lain yang akan beranak. bela lembu untung ke? cuba tanya pak imam kat masjid berapa harga seekor lembu korban, paling murah pun rm 4500 seekor.

Kalau berminat nak belajar, kita boleh tunjuk ajar. dari 30 ekor jadi 300 dalam masa 10 tahun.

Sedikit Tips Tentang Penjagaan lembu untuk Newbie

Mula mula kalau korang nak bela lembu, korang kenalah ada kawasan, rumput dan lembu. Kalau tak ada macam mana nak bela lembu kan. Biasanya orang menternak lembu adalah untuk tujuan komersial dan juga kerana hobi.

Di Malaysia ni, lembu pedaging adalah lebih banyak diternak berbanding lembu tenusu. Ini kerana lembu pedaging lebih mudah dijual dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran malaysia.

Baka yang biasa diternak di Malaysia adalah dari jenis :

Kedah Kelantan (kk), Kacukan Friesian, Sahiwal, Local Indian Dairy, Droughmaster, Brahman, Limousine, cherolias dan Belgium Blue.

Ada beberapa cara untuk memelihara lembu. Korang tak boleh kurung lembu macam mengurung kucing atau anjing. Apatah lagi macam hamster.

Pertama adalah secara Fidiot. Lembu lembu akan dikurung didalam kandang yang besar. Lembu lembu diberi makan sama ada rumput ataupun dedak. Tetapi didalam banyak kes, kedua jenis makanan ini dicampur sekali. Makanan diberi pada kadar berat kering 3-5 % daripada berat lembu korang.

Cara kedua adalah dipanggil Separa Intensif. Lembu lembu dibawa keluar dan dibiarkan meragut dipadang ragut. Bukannya meragut beg awek kat tepi jalan. Setelah petang lembu lembu akan dibawa balik pulang ke kandang.

Cara ketiga pula dipanggil Cara Integrasi dan Tanaman Utama ataupun CITU. Fuhh macam ops taktical je bunyinya. CITU ini biasanya digunakan diladang ladang kelapa sawit atau getah. Lembu lembu akan dibawa meragut dikawasan ladang. Cara ini sebenarnya membantu mengurangkan kos merumpai diladang dan kos makanan lembu. Kiranya serampang dua mata lah projek ni.

Keluasan kandang lembu pula biasanya :

Pembinaan Kandang : Keluasan – 1 ekor lembu = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 – 10 kaki.

Palung makanan dan minuman: Ruang makan = 1.5 kaki/ ekor. Ruang minum 1 kaki / ekor.

Pasung: Sebesar saiz lembu supaya ianya tidak meronta apabila dimasukkan ke dalam.

Pemakanan

Kebiasannya seekor lembu memerlukan 20 – 30 kilogram rumput sehari. Lembu hanya boleh bergantung kepada rumput sekiranya ianya memakan rumput yang bermutu tinggi. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan kepada lembu. Selain itu, buangan pertanian seperti hampas kelapa sawit, kulit koko, pucuk tebu, pucuk jagung dan batang sagu juga boleh diberikan.

Kawalan Penyakit

Lembu juga mempunyai penyakit yang wajib diberi perhatian. Penyakit yang biasa terjadi adalah luka, serangan cacing dan parasit serta jangkitan kuman dipusat anak lembu. Untuk membuat rawatan, lembu perlu diberi ubat cacing 2-3 kali setahun dan juga ubat kutu. Rawat pusat dan tali pusat anak lembu bagi mengelakkan jangkitan.

Untuk membiakkan lembu, lembu betina itu haruslah matang dan akil baligh. Cara membiakkan lembu adalah secara natural ataupun secara makmal iaitu permanian beradas.

Seekor lembu betina boleh dikawinkan semula selepas 60 hari bersalin atau 2 bulan. Lembu sudah tidak lagi sesuai dikawinkan apabila ianya sudah beranak 5-6 kali ataupun telah berumur 8-10 tahun.

Tempoh bunting atau hamil sesekor lembu itu adalah selama 283 hari atau sekitar 8 bulan. Lembu yang hamil perlu diasingkan dan diberi makanan serta air bersih setiap masa untuk menjaga kesihatan ibu lembu. Setelah anak lembu dilahirkan, anak lembu perlu mendapat susu ibu sekurang kurangnya 4 hari. Penyusuan akan diteruskan selama 3 bulan.

Setelah itu barulah anak lembu akan diajar bagaimana memakan dedak dan rumput sehinggalah ianya bercerai susu dari ibunya.

Inilah sedikit sebanyak panduan untuk membela lembu. Selepas ini sekiranya berminat bolehlah korang menjadikan lembu sebagai haiwan kesayangan.

Keistimewaan lembu berbanding haiwan peliharaan lain adalah korang boleh mendapat susu segar dan juga boleh digunakan untuk pengangkutan. Yelah minyak dah mahal sekarang. Inilah cara alternatif untuk mengurangkan kos sara hidup.

Jom share pada rakan-rakan kita yang suka Lembu. Nak beli lembu saya bole roger2 cikgu Hanif ye melalui link di bawah (penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia)

Saya juga menyediakan baja terbaik untuk tanaman anda seperti pokok sawit, durian san sebagainya. Klik https://bajaelastari.com/ untuk maklumat lanjut.

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*