Harga sayur semakin mahal, sampai bila bergantung pada orang tengah?

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya hasil tanaman sayuran daripada kebun terus dijual di pasar tani bagi mengatasi aktiviti orang tengah.

Malah, pada masa sama boleh mengelakkan ‘orang tengah’ mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sayuran menjadi lebih mahal.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata, orang tengah akan membeli sayur daripada petani pada harga yang rendah sebelum menjualnya kepada penjual dengan harga berlipat ganda.

Katanya, pembeli kemudian terpaksa membayar harga tinggi bagi mendapatkan sayuran daripada penjual.

“Jika orang tengah membeli sayuran daripada petani sebanyak RM4, mereka kemudian akan menjual pada harga RM10 kepada penjual, sebelum dijual kepada orang ramai.

“Tidak hairanlah jika pada masa ini harga sayuran lebih mahal daripada ikan dan ayam, ” ujarnya di sini, hari ini.

Menurut Mohideen, tinjauan CAP di pasar awam di negeri ini mendapati harga bagi sekilogram bendi ialah RM13, lebih tinggi daripada sekilogram ayam iaitu RM10.

Manakala, cili padi pula dijual pada harga RM8 hingga RM12 sekilogram manakala harga cili hijau adalah RM11 sekilogram.

“Kacang panjang yang biasanya dijual RM3.50 sekilogram kini sudah mencecah sehingga RM7.50.

“Katakanlah dahulu suri rumah mampu beli dua jenis sayuran, melihat pada harganya kini mereka hanya mampu beli sejenis sayuran sahaja,” katanya lagi.

Katanya, berikutan itu pihaknya mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mampu mengambil tindakan bersesuaian bagi mengatasi permasala.han tersebut – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*