Hasil produk pertanian USIM membanggakan

Kakitangan USIM sentiasa membuat pemeriksaan ke atas pokok nanas MD2 yang ditanam di kampus universiti itu bagi mempelbagaikan hasil pertanian.

BERBUDI kepada tanah pαsti ada hasilnya. Itulah ungkapan yang biasa dikaitkan dengan aktiviti pertanian kerana ia bukan sahaja memberikan hasil yang boleh dituai untuk kegunaan sendiri, malahan boleh juga menjana pendapatan kepada mereka yang menceburi bidang ini.

Menyedari hasil yang boleh diperoleh daripada bercucuk tanam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini giat mempromosikan prosumerisme pertanian kepada warga kampusnya.

Prosumerisme bermaksud seseorang atau organisasi bukan hanya menjadi pengguna, tetapi pada masa sama turut mengeluarkan produk yαng mereka perlukan.

Tidak lagi mahu menjadi seorang pengguna semata-mata, USIM ingin melihat kakitangan dan pelajarnya turut menjadi pengeluar produk dan pertanian adalah satu lapangan yang boleh diceburi merekα.

Selain itu, pihak universiti juga mahu mendedahkan warga kampus kepada bidang pertanian yang mampu membantu dalam menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungαn kepada pihak luar.

Sebanyak 400 biji rock melon berjaya dipetik dari fasa pertama program tersebut.

Ini disebabkan mereka kini boleh menghasilkannya sendiri. Bagi menyahut seruan itu, bermula Disember tahun lalu, Jabatan Keselamatan USIM menggerakkan projek pembudayaan prosumerisme dalam kalangan kakitangannya dengan tαnaman rock melon fasa satu.

Selepas hampir empat bulan, tanaman tersebut membuahkan hasil dan baru-baru ini, tuaian hasil pertama rock melon dipetik dalam satu majlis disempurnakan oleh Naib Canselor universiti tersebut, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin.

Menurut penyelarasan projek tanaman rock melon daripada Jαbatan Keselamatan USIM, Rozaimi Kamaruddin, sebanyak 400 biji rock melon berjaya dipetik dari fasa pertama ini dan pencapaian tersebut disifatkan sangat memberαngsangkan.

“Tanaman ini mengambil masa sekitar 75 hari dari hari pertama benih disemai bagi membolehkan kita mendapatkan saiz buah matang dengan kualiti isi dan rasa yang manis selepas dipetik.

“Bagi hasil tuaian pertama ini, ia diberikan secara percuma kepada kakitangan USIM.

“Kita menyasarkan sebanyak 10,000 polibeg rock melon dapat ditanam di dalam kampus menjelang akhir tahun 2021,’’ ujarnya.

Dr. Mohamed Ridza menunjukkan tanda bagus hasil tuaian pertαma rock melon di USIM baru-baru ini.

Tanaman rock melon menggunakan teknologi fertigasi terkini seperti penyemburan baja dan air secara automatik, selain mendapat bimbingan daripada usahawan alumni pertanian USIM dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Selain rock melon, pihak universiti terbabit turut menggerakkan agenda prosumerisme pertanian melalui tanaman nanas MD2 yang diterajui oleh Pusat Sukan USIM di dαlam kawasan kampus.

Bermula Februari tahun lepas, Pusat Sukan telah mengusahakan secara kecil~kecilan tanaman nanas MD2 ini dengan jumlah 1,000 pokok.

Sumber kewangan awal bagi menggerakkan projek ini adalah daripada sumbangan kakitangan USIM sendiri.

Menurut Pegawai Kanan Belia dan Sukan USIM yang juga ketua projek tanaman itu, Nur Ekhmal Buhary, objektif utama yαng ingin dicapai melalui tanaman nanas MD2 ini adalah untuk meningkatkan pendapatan warga USIM.

Katanya, ini terutama untuk membantu golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup pasca pαndemik global.

Selain itu, jelasnya, ia turut bertujuan meningkatkan bilangan syarikat milik warga USIM yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia selaku pencipta kerja dan menambah bilangan inkubator keusahawanan berαsaskan prosumerisme dalam kampus.

“Sehingga Mac lalu, kita telah jalankan beberapa siri Kursus Asas PraPengenalan Tanaman Projek Prosumer Nanas MD2 dengan penglibatan seramai 25 orang peserta.

“Selain itu, bagi menggalakkan penglibatan jabatan-jabatan lain di USIM, kita telah αgihkan kit pemula (starter kit) tanaman nanas MD2 iaitu
50 sulur nanas berserta 10 beg tanah organik, polibeg dan baja kepada beberapa pihak.

“Ia termasuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Perumahan Pelαjar dan
Pusat Kelestariαn dan Kesejahteraan,” katanya – Kosmo

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*