Hobi masa PKP, permintaan terhadap ayam kampung organik sangat memberangsangkan!

Mohd Tarmizi Abd Wahab, 35 (kanan),dari Kampuang Bangg0l, Kuala Ibai dan rakan ternaknya, Mohammad Rezuan Omar,39, menunjukkan anak ayam kampung 0rganik yang diternaknya. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Kuala Terengganu: Bermula sekadar suka-suka, namun kini ternakan ayam kampung 0rganik yang dijalankan seorang pemuda di Kampung Banggol, Kuala Ibai, di sini, semakin mendapat sambutan.

Mohd Tarmizi Abd Wahab, 35, berkata dia menjalankan penternakan ayam kampung organik itu sejak Peri*ntah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada Mac tahun lalu.

“Saya bosan duduk di rumah ketika PKP pertama dahulu, lalu mengambil inisiatif menternak ayam kampung organik untuk memenuhi masa lapang.

“Pada peringkat awal hanya 200 ekor ayam kampung 0rganik yang diternak bermodalkan RM1,000 dan mampu memperolehi keuntungan agak baik selepas menjualnya.

“Bermula sejak itu saya kini menambah jumlah ternakan sehingga 1,500 ek0r dan pendapatan yang diperolehi sangat lumayan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Tarmizi berkata, dia berasa seronok menternak ayam itu kerana sambutan terhadap ayam 0rganik sangat tinggi berbanding ayam jenis lain.

“Ayam kampung 0rganik ini hanya mengambil masa 45 hari sebelun boleh dijual, berbanding ayam kampung biasa mengambil temp0h enam hingga sembilan bulan.

“Malah, ri*siko penternakan ayam itu juga tidak banyak berbanding penternakan lain dan ia sesuai diceburi semua.

“Cuma pastikan kandang ayam bersih daripada pen*yakit yang boleh menyebabkan ayam sa*kit dan terbantut tumbesarannya,” katanya.

Katanya, dia ingin memperbesarkan saiz reban ayam dan menyasarkan sebanyak 3,000 ekor ternakan pada Jun ini – Harian Metr0

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*