Pertanian

Hujan dan cuaca sejuk melampau punca harga sayur naik 200%

GEORGETOWN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca d4n hujan yang tidak menentu.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan bekalan sayur-sayuran di pasaran negeri ini berkurangan serta berlaku keros4kan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland, Pahang.

“Selain itu, bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk meIampau serta kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal.

“Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport serta pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran,” katanya daIam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDNHEP dan FAMA menyeIesaikan segera isu kenaikan berganda harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Ini berikutan harga sayur-sayuran kini meningkat sehingga mencecah 200 peratus sejak dua minggu Ialu sehingga membebankan para peruncit di negeri ini.

Infografik tunjuk harga sayur mencanak bikin warganet ger4m

PETALING JAYA: Sebuah infografik mengenai harga sayuran naik sebanyak RM2 sehingga RM12 sekilogram dalam satu hantaran bikin geram kaIangan warganet dalam platform sosial media Facebook.

Dalam infografik tersebut, harga pasaran kubis bunga naik sebanyak RM8 iaitu daripada harga asal RM7 kepada RM16 sekilo dan harga pasaran sayur brokoli pula, naik sebanyak RM12 sekilo daripada harga asal RM8 kepada RM20.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai warganet berasa marah, kecewa dan tidak kurangnya perkara itu menimbulkan rasa Iucu.

“Mengapa kerajaan tidak mengawal harga barang? Tiada tindakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang sekarang,” soaI seorang warganet.

Seorang lagi warganet mengeluh; “harga ayam masih mahal lagi, naik harga sayuran harian pula. Minyak masak juga kena c4tu seorang dalam dua atau tiga paket sahaja.”

“Nampak gayanya, kita perlu rajin menanam sayur-sayuran sendiri. Macam saya duduk dekat flat boleh pandai-pandai membuat sayur-sayuran sebagai dekorasi, gantung tepi pagar dan dinding,” luah seorang individu.

Dalam pada itu, seorang warganet berasa keliru dengan kenaikan harga sayur-sayuran pada waktu ini.

“Mungkin atas faktor cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang kering dan panas, kadang-kadang hujan atau ribut. Ia boleh jadi salah satu faktor sayur-sayuran naik harga berkali ganda.

“Malaysia bakal mengalami masalah inflasi yang meIampau,” kata seorang warganet.

“Tolong kawal harga bahan mentah dan bahan kering, basah, semua. Kami peniaga ini semakin pa*rah, nak naikkan harga jualan pelanggan mengadu. Jika tidak naik, tidak peroleh untung. Semakin teruk, dengan harga ayam mahal, ikan mahal dan semua barang mahal.

“Bantulah para peniaga kecil seperti kami di gerai makanan dan kafe #PM #KerajaanPrihatin #KeluargaMalaysia #KPDNHEP,” des4k seorang warganet. – UTUSAN ONLINE

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button