Hukum Meminum Kopi Luwak

1. Luwak adalah sejenis haiwan mamalia dari spesis musang. Luwak hidup di dalam hutan di Asia Tenggara temasuklah di Kepulauan Indonesia.

2. Haiwan ini sangat menggemari biji kopi sebagai makanan hariannya. Tabiat kehidupan haiwan ini, ia akan menyelongkar biji kopi yang betul-betul masak sebelum memakannya.

Biji kopi yang berkulit keras biasanya takkan tercerna lalu akan keluar bersama najisnya.

3. Kopi Luwak sangat terkenal di kawasan Asia Tenggara kerana pemprosesan kopi Luwak berasal dari daerah Bali, Jawa dan Sumatera Indonesia.

Kopi ini diproses secara manual (dibersihkan dan dicuci dari najis Luwak) Timbul beberapa pendapat berkenaan isu hukum meminum kopi Luwak ini.

Kerana dasarnya, kita tahu kopi ini berasal dari najis Luwak (Musang). Bagi orang Islam pula, pastinya kita akan timbul keraguan bekenaan isu halal atau haram minum kopi Luwak ini.

Ada beberapa pandangan ulama berkaitan dengan isu ini antaranya ;

a) Menurut Imam al-Nawawi: “ Jika ada haiwan memakan biji tumbuhan kemudian dapat dikeluarkan daripada perut, jika tetap keadaannya dengan sekiranya jika ditanam dapat tumbuh maka tetap suci.”

b) Dalam kitab Nihayatul Muhtaj: “Jika biji tersebut kembali dalam kondisi semula sekira-kira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis, bukan najis.”

c) Dalam Kitab Hasyiah I’anatu al-Thalibin Syarh Fath al-Mu’in pula: Jika ada haiwan memuntahkan biji tumbuhan atau mengeluarkannya melalui kotoran, jika biji tersebut keras sekira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis bukannya najis.

Disini Mutannajis bermaksud, terkena najis namun boleh dibersihkan.

Setelah diteliti dan menekuni beberapa pandangan dan kaedah-kaedah fiqh yang dibincangkan oleh para ulama’, maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 98 memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (Musang) bersifat MUTANAJIS dan HARUS dijadikan bahan minuman dengan syarat;

Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Biji Kopi Luwak dikategorikan “MUTANNAJIS” (terkena najis) tetapi setelah dibasuh bersih dan diproses maka akan hilanglah kenajisan itu.

Hukumnya HARUS meminum Kopi Luwak.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook ya – Sifudurian

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*