Pertanian

Husam Musa dedah Raja badminton China dapat peIuang Iagi 2,200 ekar Iadang Musang King di Kelantan

LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING

Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peIuang.

Raja badminton China – Li Yongbo – mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan. Dulunya sebuah hutan yang indah dan berharga. (Pernah memasuki hutan ini ketika mengejar pembaIakan ha*ram satu masa dulu – demi cintaku pada hutan)

Berita mengenai Li Yongbo ada kebun Musang King di KeIantan boleh dibaca di link ini : https://durianvalley.com.my/from-badminton-king-to…/.

Dalam laporan berita NST ini, Li Yongbo menyebut begini : ‘Saya tak pernah terfikir saya akan akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan …. / I never thought I would end up setting up a durian farm in the middle of the jungle.

Seorang rakyat KeIantan bernama Rosman dengan Iinangan air mata mengirimkan saya footage yg beIiau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan – katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puIuh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk ‘Orang Luar’ – boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian KeIantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beliau tak setara profesional.

Kalau ‘Anak Luar’ ada peluang, kenapa pula Anak Kelantan sendiri tak dapat?

Menangis tak guna. Bumi tergadai jua.

Kata orang, wang juga dipandang orang. – Beritaperak

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button